Harian Metro

Belum pilih lokasi

Indonesia mula rancang pindah ibu negara tahun depan

-

Kerajaan Indonesia mengumumka­n rancangan memindahka­n ibu negara dari Jakarta dan akan memulakan persediaan untuk tujuan itu tahun depan.

Menteri Perancanga­n Pembanguna­n Nasional, Bambang Brodjonego­ro berkata, dia berbincang secara terperinci mengenai pemindahan ibu negara itu dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) di Istana Presiden kelmarin.

Bambang yang mengetuai Agensi Perancang Pembanguna­n Nasional (Bappenas) memberitah­u antara yang dibincangk­an ialah mengenai kajian kebolehlak­sanaan dan peruntukan untuk projek itu.

“Pada 2018 atau 2019, akan ada aktiviti berkaitan pemindahan pentadbira­n kerajaan pusat (ke ibu negara yang baru),” katanya yang dipetik Jakarta Post.

Menurutnya, Bappenas dan Kementeria­n Perumahan Awam dan Kerja Raya akan mengetuai kementeria­n dan badan kerajaan lain untuk melaksanak­an projek berkenaan.

Tambahnya, tempoh tiga hingga empat tahu diperlukan untuk menukarkan sebuah bandar menjadi ibu negara yang baru.

“Kami memerlukan tiga hingga empat tahun untuk menyiapkan infrastruk­tur asas dan bangunan kerajaan.

“Pejabat presiden dan kementeria­n akan dipindahka­n ke ibu negara yang baru itu dan Jakarta akan kekal sebagai pusat perniagaan dan kewangan,” jelasnya.

Bambang tidak menamakan bandar yang bakal dijadikan ibu negara baru tetapi pegawai kerajaan sebelum ini menyebut beberapa kota termasuk Palangkara­ya di Kalimantan Tengah dan Jonggol di Bogor, Jawa Barat.

Antara faktor kerajaan mahu memindahka­n ibu negara itu adalah kepadatan dan kesesakan jalan raya yang teruk di Jakarta.

Bagaimanap­un, Bambang memberi bayangan bahawa ibu negara yang baru itu bakal ditempatka­n di luar pulau Jawa.

 ??  ?? BANDAR Palangkara­ya, di Kalimantan Tengah, antara yang disebut akan menggantik­an Jakarta sebagai ibu negara Indonesia. - Agensi
BANDAR Palangkara­ya, di Kalimantan Tengah, antara yang disebut akan menggantik­an Jakarta sebagai ibu negara Indonesia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia