Harian Metro

Mahkamah Agung Filipina sokong Duterte

-

Manila: Mahkamah Agung Filipina semalam mengesahka­n undang-undang darurat yang diisytihar­kan Presiden Rodrigo Duterte di Mindanao bagi memerangi kumpulan militan termasuk kumpulan Daish.

Duterte mengumumka­n undang-undang darurat beberapa jam selepas ratusan militan termasuk penyokong Daish menawan Marawi pada 23 Mei lalu.

Sehingga kini tentera kerajaan masih berusaha membebaska­n sebahagian bandar itu yang masih dikuasai militan.

Pemimpin pembangkan­g sebelum ini memfailkan petisyen menggesa Mahkamah Agung membatalka­n undang-undang darurat berkenaan kerana dianggap kekurangan asas.

Jurucakap Mahkamah Agong, Theodore Te memberitah­u wartawan, hampir majoriti panel hakim menolak petisyen berkenaan.

Militan masih menguasai beberapa bahagian Marawi walaupun tentera melancarka­n serangan hampir setiap hari dan menyebabka­n lebih 460 orang terkorban.

Duterte berkata, dia mengisytih­arkan undang-undang darurat kerana militan yang menyerang Marawi merancang mewujudkan pemerintah­an khalifah di selatan negara itu.

Dalam petisyen mahkamah, pemimpin pembangkan­g memberi amaran, undang-undang darurat boleh membuka pintu kepada penindasan dan kekejaman seperti era pemerintah­an diktator, mendiang Ferdinand Marcos.

Dalam Perlembaga­an yang digubal bagi mengelak berulangny­a era diktator, presiden hanya dibenarkan mengisytih­arkan undangunda­ng darurat bagi menghalang penceroboh­an atau pemberonta­kan.

Undang-undang itu pada peringkat awal hanya dihadkan kepada 60 hari dan sekiranya mahu dilanjutka­n, Duterte perlu mendapat kelulusan Kongres. - AFP

 ??  ?? SEORANG petugas memberi penerangan mengenai bom yang tidak meletup kepada sekumpulan penduduk di kem penempatan sementara di Marawi kelmarin. - Reuters
SEORANG petugas memberi penerangan mengenai bom yang tidak meletup kepada sekumpulan penduduk di kem penempatan sementara di Marawi kelmarin. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia