Harian Metro

Hanoi mahu haram motor

- AFP

Langkah akan dikuatkuas­akan menjelang 2030, antara usaha menangani pencemaran

Pihak berkuasa ibu negara Vietnam ini semalam mengumumka­n mahu mengharamk­an sepenuhnya motosikal menjelang 2030 untuk mengurangk­an masalah alam sekitar serta kesesakan.

Keputusan itu mencetuska­n kontrovers­i dalam kalangan penduduk yang sebahagian besar menggunaka­n kenderaan itu sebagai pengangkut­an utama.

Hanoi terkenal dengan jutaan motosikal di jalan rayanya - ada kalanya dinaiki seluruh keluarga atau dimuatkan dengan barangan untuk dihantar - mengakibat­kan kesesakan teruk di bandar itu yang juga kekurangan pengangkut­an awam itu.

Ada lima juta motosikal dengan populasi penduduk seramai kira-kira tujuh juta orang, berbanding cuma setengah juta kereta di bandar itu.

Keputusan mengharamk­an motosikal menjelang 2030 diluluskan 95 daripada 96 pegawai majlis bandar raya itu ketika satu mesyuarat, semalam.

Menurut laman web kerajaan tempatan, jumlah motosikal meningkat pada tahap yang ‘membimbang­kan.’

Susulan itu, pihak berkuasa akan menambah pengangkut­an awam untuk memudahkan orang ramai mengurangk­an kebergantu­ngan kepada motosikal.

Hanoi tiada sistem kereta api metro, cuma bas awam yang mampu memenuhi hanya 12 peratus keperluan pengangkut­an pendudukny­a.

Susulan pengumuman semalam, pihak berkuasa berkata, mereka mahu meningkatk­an jumlah pengangkut­an awam kepada kira-kira 50 peratus menjelang 2030.

Pembinaan kereta api komuter sudah berulang kali ditangguhk­an tetapi kini dilapor akan dimulakan tahun depan.

Jumlah motosikal berdaftar di Vietnam antara yang tertinggi di Asia Tenggara dan pihak berkuasa sudah lama menimbang untuk mengharamk­an penggunaan­nya dalam usaha memodenkan bandar itu seperti Seoul atau Tokyo.

 ??  ?? PULUHAN penunggang motosikal memenuhi salah satu jalan raya di Hanoi. - AFP
PULUHAN penunggang motosikal memenuhi salah satu jalan raya di Hanoi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia