Harian Metro

Budak curi, pandu bas 40 minit

-

Beijing: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun mencuri bas sebelum memandunya 40 minit di jalan raya selepas berjaya memasuki kenderaan itu dengan memecahkan pintu kacanya.

Polis berjaya menangkap kanak-kanak itu kira-kira enam kilometer dari tempat parkir di mana dia mencuri bas yang tidak digunakan itu.

Kejadian itu disedari selepas sebuah syarikat pengangkut­an di Guangzhou, selatan China, melaporkan basnya dicuri.

Rangkaian televisyen tempatan, TVS-1 melaporkan, syarikat Pengangkut­an YueYun Guangzhou mengeluark­an notis mengenai kecurian basnya yang dipandu keluar dari tempat parkir pada jam 1.47, 30 Jun lalu (waktu tempatan) sebelum memasuki lebuh raya.

“Polis trafik berjaya menahan bas itu pada jam 2.32 petang,” kata notis dikeluarka­n syarikat berkenaan.

Menurutnya, kenderaan itu dicuri seorang kanak-kanak tanpa disedari pegawai keselamata­n yang mengawal tempat parkir berkenaan.

Seorang kakitangan menjelaska­n, kunci mesti disimpan di dalam kenderaan sebagai langkah keselamata­n supaya mudah dipandu keluar jika berlaku kebakaran.

Beberapa laman web China kemudian mengongsik­an video menunjukka­n kanak-kanak terbabit memandu bas berkenaan selepas berjaya memecah masuk ke dalamnya.

Tiada penumpang di dalam bas berkenaan manakala pintunya dilihat pecah.

Menurut polis Guangzhou, ini bukan kali pertama kanak-kanak itu ditangkap mencuri, malah sebelum ini mencuri kereta, telefon serta dompet.

Rakaman video juga menunjukka­n kanak-kanak itu memegang rokok ketika berjalan keluar dari balai polis. - Daily Mail

 ??  ?? KANAK-KANAK itu memandu selama 40 minit sebelum dia ditahan polis. - Daily Mail
KANAK-KANAK berkenaan dilihat keluar dari balai
polis sambil memegang rokok.
- Daily Mail
KANAK-KANAK itu memandu selama 40 minit sebelum dia ditahan polis. - Daily Mail KANAK-KANAK berkenaan dilihat keluar dari balai polis sambil memegang rokok. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia