Harian Metro

Mesir tangkap anak, menantu Yusuf al-Qaradawi Kali pertama berjaya

-

Pihak berkuasa Mesir menahan anak ulama terkenal Yusuf al-Qaradawi, Ula al-Qaradawi dan suaminya, Hussam Khalad yang juga pemimpin Parti al-Wasat ketika mereka bercuti di pusat peranginan di Pantai Utara negara itu baru-baru ini.

Pasangan berkenaan dibawa ke pejabat pendakwa raya untuk disoal siasat mengenai pembabitan mereka dalam membiayai kumpulan pelampau dan sokongan mereka terhadap Ikhwanul Muslimin dan rangkaiann­ya.

Pihak berkuasa kemudian memutuskan untuk menahan Ula dan suaminya selama 15 hari bagi meneruskan siasatan ke atas mereka atas tuduhan membiayai Ikhwan dan menyertai kumpulan militan dengan niat menghalang penguatkua­saan perlembaga­an, mengingkar­i perintah kerajaan, mencabuli kebebasan peribadi rakyat serta mengancam perpaduan kebangsaan dan keamanan.

Senarai tuduhan itu juga termasuk mengetuai sebuah kumpulan pengganas untuk mencabuli pertubuhan kerajaan serta menyasarka­n kemudahan awam dengan hasrat melumpuhka­n negara dan membantu Ikhwan dengan bantuan kewangan dari negara luar.

Pegawai berkata, anak perempuan al-Qaradawi itu mempunyai dua kerakyatan - Qatar dan Mesir - serta bekerja untuk kedutaan Qatar di Mesir selama beberapa tahun. - Agensi

Korea Utara semalam berkata, ia buat pertama kalinya berjaya melancar ujian peluru balistik rentas benua (ICBM) yang menurut pakar boleh menjejaki negeri Alaska, Amerika Syarikat.

Ujian itu dilancarka­n beberapa hari sebelum negara Kumpulan 20 berbincang mengenai langkah mengekang program senjata Korea Utara.

Pelancaran itu yang menurut media Korea Utara diarah dan diselengga­ra oleh pemimpinny­a, Kim Jong Un menyaksika­n peluru berpandu itu bergerak sejauh 933 kilometer dan mencapai ketinggian 2,802 kilometer dengan masa penerbanga­n selama 39 minit.

Negara itu sebelum ini menyuaraka­n hasratnya untuk membangunk­an peluru berpandu yang dilengkapi peledak nuklear serta mampu menjejaki tanah besar Amerika Syarikat.

Untuk mencapai impiannya, ia memerlukan ICBM dengan jarak 8,000 kilometer atau lebih, peledak kecil yang cukup untuk dipasang padanya serta teknologi bagi memastikan senjata itu stabil ketika memasuki semula atmosfera. Beberapa penganalis­is berkata, butir penerbanga­n semalam menunjukka­n misil baru itu berkemampu­an terbang sejauh lebih 8,000 kilometer. Bagaimanap­un, ada penganalis­is lain percaya, jaraknya tidak jauh.

Pegawai Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat berkata, peluru berpandu itu

Korea Utara dakwa peluru berpanduny­a kini boleh menjejaki mana-mana sasaran di seluruh dunia

jatuh di Zon Ekonomi Eksklusif Jepun selepas dilancarka­n dari kawasan tinggi berhampira­n landasan kapal terbang di barat laut Pyongyang.

“Ujian itu dilakukan dengan sudut paling tirus yang mungkin dan ia tidak mempunyai kesan negatif kepada negara jiran,” menurut kenyataan media milik kerajaan Korea Utara.

Pyongyang berkata, peluru berpanduny­a kini mampu menjejaki sasaran di seluruh dunia.

“Ujian itu kelihatan berjaya. Sekiranya dilancarka­n pada sudut standard, misil itu boleh menjejaki sasaran sejauh 8,000 kilometer,” kata Kom Dong-yub, pakar ketenteraa­n di Universiti Kyungnam di Seoul.

Mengulas mengenai ujian terbaru itu, Presiden Donald Trump menulis di Twitter: “Korea Utara baru melancarka­n satu lagi misil. Adakah dia (Kim Jong-Un) tidak ada kerja lain yang lebih berfaedah untuk dilakukann­ya.”

Sementara itu, di Beijing, jurucakap kementeria­n luar China, Geng Shuang menggesa masyarakat antarabang­sa bertenang dan mengulangi bantahan negaranya ke atas Korea Utara yang mencabul ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkait dengan ujian nuklear.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n peluru berpandu balistik rentas benua
Korea Utara, Hwasong-14 disiapkan sebelum dilancarka­n,
semalam. - EPA
GAMBAR menunjukka­n peluru berpandu balistik rentas benua Korea Utara, Hwasong-14 disiapkan sebelum dilancarka­n, semalam. - EPA
 ??  ?? ULA dan suami, Hussain.
ULA dan suami, Hussain.
 ??  ?? PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un menyelia ujian peluru berpandu itu. - EPA
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong Un menyelia ujian peluru berpandu itu. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia