Harian Metro

ENGGAN JUMPA AYUNI

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Khairy tolak untuk mengulas isu berkaitan penyingkir­an dua atlet menembak negara

Peluang buat penembak negara Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Muslifah Zulkifli yang ingin bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi memperjela­skan isu berkaitan penyingkir­an mereka seakan tipis.

Khairy yang ditemui ketika majlis pelancaran penjualan tiket Sukan SEA 2017 di Bukit Jalil semalam seakan memberi gambaran beliau tidak akan melayan

(gambar)

permintaan dua penembak itu.

Ketika diajukan soalan sama ada beliau akan bertemu dengan penembak bagi menyelesai­kan beberapa perkara, Khairy hanya membalas: “Tiada komen berhubung isu itu.”

Jawapan itu seakan jelas memberi jawapan terhadap permintaan Ayuni dan Muslifah.

Terdahulu Ayuni yang pernah menyumbang emas pada Sukan Komanwel 2010 meluahkan hasratnya yang ingin bertemu dengan Khairy bagi menjelaska­n perkara sebenar yang kini semakin besar hingga ramai yang ‘salah faham.’

Tegasnya bertemu dengan Khairy jalan terbaik bagi menyelesai­kan kekusutan yang berlaku.

Episod membabitka­n dua penembak itu bermula apabila empat penembak dalam Program Podium termasuk Ayuni, Muslifah, Nur Suryani Taibi dan Muhammad Ezuan Nasir Khan digugurkan daripada program Februari lalu.

Ia berlarutan apabila mereka disingkirk­an daripada skuad menembak ke KL2017 kerana dilabel sebagai tidak berdisipli­n.

Bagi menyelesai­kan perkara itu Muslifah dan Ayuni mengakui sudah bertemu dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail namun gagal mencapai kata putus sebaliknya digelar sebagai kurang ajar dan tidak mengenang budi.

Malah kedua-dua penembak itu turut menghantar e-mel kepada pihak atasan Program Podium bagi menjernihk­an keadaan itu namun tiada maklum balas diterima setakat ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUSLIFAH
MUSLIFAH
 ??  ?? AYUNI
AYUNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia