Harian Metro

Paling mahal RM20 J

 MASOC tunai janji harga tiket Sukan SEA sangat berpatutan

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

awatankuas­a Pengelola Malaysia (MASOC) menunaikan janji untuk mengenakan harga tiket berpatutan bagi Sukan SEA ke-29 bulan depan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga pengerusi MASOC mengumumka­n harga tiket paling mahal adalah RM20 bagi 19 acara yang ditetapkan selain upacara pembukaan dan penutup yang turut dikenakan tiket.

“Pemilihan acara yang dikenakan tiket adalah berdasarka­n kepada populariti sukan yang mendapat permintaan yang tinggi dan kapasiti venue yang terhad. Perkara ini sama seperti dilakukan Singapura dua tahun lalu serta temasya lain.

“Jadi untuk mengawalny­a adalah menerusi penjualan tiket. Saya percaya peminat sukan akan bersedia membelinya kerana ia menawarkan harga berpatutan iaitu RM10 dan RM15 bagi pusingan awal dan saingan akhir kebanyakan­nya berharga RM20,” jelasnya.

Terdahulu Khairy mengumumka­n harga dan penjualan tiket dalam talian membabitka­n 19 acara sukan seperti bola sepak, terjun, pencak silat, berbasikal trek, sepak takraw dan badminton.

Manakala 32 acara seperti memanah, olahraga, golf, tinju, menembak, angkat berat dan wushu tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

“Kami mengehadka­n setiap transaksi pembelian sebanyak empat keping dengan jualan dalam talian bermula hari ini (semalam) bagi mengelakka­n berlaku aktiviti ulat tiket. Beberapa pusat jualan turut akan diumumkan dalam masa terdekat selain kiosk tiket semasa temasya berlangsun­g.

“Tiada jumlah tiket yang tepat pada masa ini namun ia akan ditambah sekiranya terdapat permintaan yang tinggi,” katanya.

Orang ramai yang berminat membeli dalam talian boleh melayari laman web www.kualalumpu­r2017.com.my.

Pada majlis sama, Khairy turut mengumumka­n semua acara bagi Sukan Para ASEAN pada September ini boleh disaksikan secara percuma.

 ?? FOTO: NURUL SHAFINA JEMENON ??
FOTO: NURUL SHAFINA JEMENON
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia