Harian Metro

Faiz turut warnai Larian Obor

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Balik Pulau: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri bersama tiga pemain skuad bola sepak Pulau Pinang turut mewarnai Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017) peringkat daerah Barat Daya di sini, semalam.

Kehadiran Faiz bersama Azrul Ahmad, Failee Ghazli dan kapten Rafiuddin Rod din disambut meriah ribuan peminat sukan sebagai tanda sokongan kepada temasya sukan dwitahunan yang berlangsun­g bulan depan.

Terdahulu, Larian Obor Sukan SEA ke-29 disempurna­kan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Balik Pulau.

Faiz mengaku turut teruja menanti temasya sukan itu dan menjangkak­an semangat sama dirasai jutaan rakyat Malaysia apabila terpilih menjadi tuan rumah kali ini.

“Walaupun temasya belum bermula namun kemeriahan sudah jelas dirasai untuk menyaksika­n jaguh sukan negara beraksi memburu pingat emas.

“Sokongan moral peminat menjadi suntikan semangat buat semua atlet supaya dapat mengharumk­an nama negara terutama misi menjadi juara keseluruha­n kali ini,” katanya.

Pelancaran Larian Obor peringkat negeri dimulakan di Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban oleh Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye kelmarin.

Bagi peringkat daerah Barat Daya, ia disertai lebih 2,000 peserta termasuk penduduk setempat, pelajar sekolah dan kanak-kanak serta orang kurang upaya (OKU) bermula dari Sungai Rusa melalui beberapa tempat termasuk Jalan Baru, Sungai Burung, Pulau Betong, Jalan Mahkamah, Bayan Lepas, Jalan Bukit Ayon, Jalan Tengah dan Bayan Baru sebelum ke Seberang Perai Utara.

 ??  ?? FAIZ (tengah) bergambar bersama Pasukan Tentera 2 Divisyen sambil memegang Obor Sukan SEA semasa mengambil bahagian dalam Larian Obor Sukan SEA 2017.
FAIZ (tengah) bergambar bersama Pasukan Tentera 2 Divisyen sambil memegang Obor Sukan SEA semasa mengambil bahagian dalam Larian Obor Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia