Harian Metro

‘Tak akan mengalah’

-

“Kami cuba di Piala Asia pula.” Demikian sahutan cabaran ketua jurulatih skuad hoki wanita negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah

kepada barisan pemainnya untuk cuba melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di London menerusi kempen Piala Asia dari 28 Oktober hingga 5 November depan di Kakamigaha­ra, Jepun.

bar)

(gam-

Tegas Dhaarma, pintu masih belum tertutup sepenuhnya untuk barisan pemainnya melayakkan diri ke saingan berprestij itu buat kali pertama selepas tidak dapat memenuhi misi berkenaan pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium.

Ini kerana Piala Asia menawarkan satu slot ke Piala Dunia dan ia bermakna skuad negara tidak mempunyai pilihan lain selain perlu muncul juara di Kakamigaha­ra.

“Memang sekarang boleh dikatakan kami mengikut jalan yang lebih sukar untuk layak ke Piala Dunia.

“Tapi nak kata susah pun tidak juga sebab di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia juga sebenarnya lagi susah untuk layak ke Piala Dunia.

“Kami sedar kredibilit­i pasukan elit seperti China, Korea Selatan, Jepun dan India yang kerap layak ke Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

“Tapi jika mereka sudah layak ke Piala Dunia ada kemungkina­n juga untuk mereka tidak menurunkan barisan pemain terbaik di Piala Asia dan kami cuba manfaatkan peluang itu sebaik-baiknya,” katanya.

Walau apapun pandangan banyak pihak Dhaarma enggan mengambil peduli, sebaliknya mahu barisan pemainnya mencuba yang terbaik di Piala Asia.

“Walaupun peluang untuk layak menerusi Piala Asia tipis juga, sama ada juara atau

 Dhaarma, anak buah buru tiket Piala Dunia 2018 di Piala Asia

tidak juara, kami harus terus mencuba,” ujarnya.

Piala Asia akan menyaksika­n saingan lapan pasukan iaitu Korea Selatan, China, Jepun, India, Kazakhstan, Thailand, Singapura dan skuad negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia