Harian Metro

Air mata Venus

- AFP

Venus Williams menitiskan air mata di Wimbledon ketika mengingati insiden kemalangan yang sekali gus mengheretn­ya ke mahkamah sambil pada masa sama, Andy Murray dan Rafael Nadal melangkah ke pusingan kedua.

Pemain nombor tiga dunia Stanislas Wawrinka menjadi nama besar pertama yang tersingkir pada hari pembukaan apabila tumbang di tangan pemain Russia, Daniil Medvedev manakala Petra Kvitova dan Victoria Azarenka mencatat kemenangan.

Venus, 37, yang juga juara lima kali, menyambut ulang tahun ke-20 penampilan­nya di Kelab All England tetapi kegembiraa­n itu dibayangi kemalangan yang berlaku berhampira­n kediamanny­a di Florida bulan lalu membabitka­n kematian mangsa yang berusia 78 tahun.

“Tidak ada perkataan paling sesuai untuk saya luahkan perasaan saya berhubung kejadian itu. Saya kehilangan kata-kata. Ia hanyalah...” kata Venus pada sidang akhbar sebelum menangis.

Keluarga Jerome Barson (mangsa kemalangan) itu berkata, mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bintang tenis Amerika

bar)

(gam-

Syarikat itu.

Ketika ditanya bagaimana dia mahu melupakan insiden itu, Venus berkata: “Saya tidak tahu apa yang akan berlaku esok. Itu saja yang dapat saya katakan. Itulah yang saya pelajari setakat ini.”

Di sebalik tragedi itu, Venus tetap fokus dan menang 7-6 (9/7), 6-4 di Gelanggang Satu ke atas pemain Belgium Elise Mertens di pusingan pertama.

Juara bertahan kategori lelaki, Murray menerima khabar mengenai dirinya yang bakal bergelar ayah dengan kemenangan sekali gus layak ke pusingan kedua.

Pilihan utama dan pemain nombor satu dunia itu mengetepik­an Alexander Bublik 6-1, 6-4, 6-2 dan tidak menunjukka­n sebarang gangguan terhadap masalah pinggul yang dialaminya sebelum ini.

“Saya tidak berasa sebarang kesakitan sejak beberapa hari lalu dan keseronoka­n bermain di sini mungkin menenggela­mkan sepenuhnya rasa itu,” ujar pemain Britain itu selepas mengalahka­n Bublik.

Pemain nombor dua dunia dan juara dua kali Nadal pula mencatat kemenangan ke-850 sepanjang kariernya dengan catatan 6-1, 6-3, 6-2 ke atas pemain Australia, John Millman.

Pilihan kelima dari Switzerlan­d dan naib juara Terbuka

 Juara lima kali sebak sambut kemenangan ke atas Elise, teringat insiden kematian di rumahnya

Perancis, Wawrinka tunduk 4-6, 6-3, 4-6, 1-6 di tangan Medvedev.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia