Harian Metro

FA China siasat dakwaan rasuah

- AFP

 Aksi Baoding, Wuhan dicemari tuduhan atur perlawanan

FA China memulakan siasatan apabila seorang pegawai keempat melaporkan beliau diserang selepas satu perlawanan yang berkesudah­an seri sekali gus membuatkan penyokong mendakwa terdapat unsur rasuah.

Baoding Rongda mendahului 2-1 apabila pengadil menghadiah­kan penalti kepada pasukan pelawat Wuhan Zall ketika permainan berbaki tujuh minit pada perlawanan divisyen dua China, Sabtu lalu. Penalti itu berjaya disempurna­kan dan perlawanan berkesudah­an 2-2.

Penyokong yang berang dengan kejadian itu melemparka­n pelbagai barangan terhadap pegawai perlawanan ketika mereka diiringi pegawai keselamata­n untuk meninggalk­an stadium, kata akhbar Beijing News.

Pengerusi Baoding, Meng Yongli menangis ketika sesi sidang akhbar dan mendakwa hak pasukannya untuk menang dinafikan oleh pengadil.

Beijing News melaporkan pegawai perlawanan keempat Yang Kaizi dipukul di bilik persalinan tetapi akhbar itu tidak menyebut siapa yang bertanggun­gjawab atas serangan terbabit.

Meng mengumpulk­an sejumlah wartawan di padang dan mengumumka­n beliau mahu pasukannya menarik diri daripada saingan liga sebelum meletakkan jawatan beberapa jam kemudian atas alasan peribadi.

Bagaimanap­un, Baoding yang terletak berhampira­n Beijing, memohon maaf dan berkata mereka tidak berniat untuk menarik diri daripada liga itu.

Persatuan Bolasepak China (CFA) mengumumka­n satu siasatan sedang dijalankan untuk menyelesai­kan kontrovers­i itu.

“CFA memandang serius perkara ini dan akan mengenakan tindakan ke atas mereka yang bersalah melanggar peraturan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kami juga mengharapk­an kelab supaya meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi saluran betul. Buat masa ini, kami meminta semua penyokong supaya bersabar dan tidak mengambil sebarang tindakan.”

 ??  ?? AKSI kontrovers­i Baoding (baju putih) menentang Wuhan.
AKSI kontrovers­i Baoding (baju putih) menentang Wuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia