Harian Metro

Korea Selatan harap sentuhan Tae Yong

-

Seoul: Selepas melantik Shin Tae Yong selaku jurulatih baru skuad kebangsaan, Korea Selatan berharap keserasian serta kemahiran komunikasi yang dimiliki pengendali itu mampu membantu pemain untuk memperbaik­i kempen Piala Dunia mereka.

Bekas pemain tengah berusia 46 tahun itu menggantik­an jurulatih dari Jerman, Uli Stielike yang dipecat bulan lalu selepas beberapa siri keputusan tidak memberangs­angkan hingga mengakibat­kan impian mereka untuk ke Piala Dunia 2018 sedikit terganggu.

Stielike mengemudi Korea Selatan ke final Piala Asia 2015 selepas empat bulan memegang jawatan tetapi beliau gagal mengekalka­n kecemerlan­gan anak buahnya dan tewas 2-3 di tangan Qatar, pertengaha­n bulan lalu.

Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Korea (KFA) Kim Ho Gon berkata, Tae Yong sudah menandatan­gani kontrak yang menyaksika­n beliau akan membimbing pasukan hingga ke Piala Dunia 2018 jika mereka layak tetapi bakal menerima nasib sama seperti Stielike jika gagal ke Russia.

“Shin pernah memegang jawatan sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan dan kami yakin beliau mengenali pemain secara lebih baik berbanding orang lain,” kata Ho Gon.

“Salah satu kekuatanny­a adalah skil komunikasi yang dimilikiny­a dan kami percaya beliau mampu mengembali­kan semula suasana baik dalam pasukan.”

Tae Yong sudah menjadi sebahagian kakitangan kejurulati­han skuad remaja kebangsaan sejak 2015 dan membimbing pasukan yang layak ke kelompok 16 terakhir di Piala Dunia B-20 baru-baru ini.

Beliau turut membimbing skuad Olimpik negara itu yang bermain di Rio tahun lalu dan layak ke suku akhir. - Reuters

 ??  ?? TAE YONG (kiri) diharap mampu bawa pasukan ke Piala Dunia 2018.
TAE YONG (kiri) diharap mampu bawa pasukan ke Piala Dunia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia