Harian Metro

TERRY IDAM URUS CHELSEA

- Agensi

Pemain baru Aston Villa, John Terry menyasarka­n untuk kembali ke Chelsea selaku pengurus, satu hari nanti.

Pemain berusia 36 itu memilih kelab Liga Kejuaraan Aston Villa sebagai destinasi barunya selepas 22 tahun menabur bakti di Stamford Bridge dan berkata, dia tidak selesa untuk bermain menentang Blues.

Bercakap mengenai kemungkina­n menguruska­n bekas kelabnya itu seperti yang dipetik dalam beberapa akhbar tempatan, Terry berkata: “Itu impian saya. Saya dan Lamps (Frank Lampard) pernah berbincang mengenainy­a.

“Adakah ia impian yang terlalu besar? Saya tidak fikir anda tidak boleh mengimpika­n perkara sedemikian.

“Saya sentiasa mahu menjadi yang terbaik dan jika ia berlaku dalam bidang pengurusan, saya akan memilih Chelsea. Ia pasti hebat dan saya tidak fikir anda boleh memilih kelab lain selain Chelsea sebagai destinasi pertama selaku pengurus.”

Terry yang membuat lebih 700 penampilan dan pernah memenangi 15 kejuaraan utama bersama Blues, menandatan­gani kontrak setahun bersama Villa, Isnin lalu selepas menolak beberapa tawaran lebih lumayan bersama kelab Liga Perdana.

Swansea dan West Brom berminat untuk mendapatka­nnya tetapi bekas kapten England itu mengaku dia berasa tidak selesa untuk bermain menentang Chelsea selepas mengucapka­n selamat tinggal.

“Bermain menentang Chelsea tidak pernah timbul dalam fikiran saya,” katanya.

“Saya tidak tahu sama ada perasaan itu akan kekal dalam jiwa saya. Saya tidak dapat memba- yangkan apa yang akan berlaku sekiranya saya menentang mereka selepas terlalu lama di sana.

“Saya menerima banyak tawaran lumayan untuk bermain di Liga Perdana tapi sebaik membuat keputusan untuk meninggalk­an

Chelsea, saya tidak akan sesekali menen- tang mereka. Keputusan itu bukan mudah untuk diambil.

“Selama beberapa minggu saya berdiam diri dan berfikir. Ramai pengurus memberikan saya masa untuk berbuat demikian dan mereka menghormat­i keputusan saya.

“Selepas 22 tahun di Chelsea, saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaik­an diri.

 Legenda Blues sah sertai Villa selama setahun selepas tolak kontrak lumayan bersama skuad Liga Perdana

Saya tidak akan melupakan tempoh indah sepanjang 22 tahun di sana dan saya juga gembira untuk menerima cabaran baru di sini.”

 ??  ?? TERRY (tengah) selepas menandatan­gani kontrak bersama Villa. SANDRO (tengah) ketika bersama skuad B-22 Sepanyol. Saya menerima banyak tawaran lumayan untuk bermain di Liga Perdana tapi sebaik membuat keputusan untuk meninggalk­an Chelsea, saya tidak...
TERRY (tengah) selepas menandatan­gani kontrak bersama Villa. SANDRO (tengah) ketika bersama skuad B-22 Sepanyol. Saya menerima banyak tawaran lumayan untuk bermain di Liga Perdana tapi sebaik membuat keputusan untuk meninggalk­an Chelsea, saya tidak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia