Harian Metro

Everton ikat Keane lima tahun

-

London: Everton mengikat kontrak dengan pertahanan England Michael Keane dari Burnley menerusi perjanjian yang mencecah £30 juta (RM166.6 juta), umum kelab Liga Perdana itu, kelmarin.

Pemain berusia 24 tahun itu yang menandatan­gani kontrak selama lima tahun, adalah pemain kelima yang dibawa masuk Everton sekali gus menyaksika­n jurulatih Belanda Ronald Koeman berbelanja besar untuk meningkatk­an prestasi pasukannya.

Yuran perpindaha­n itu mencatat rekod baru di Burnley yang sebelum ini dikatakan hanya membayar sebanyak £2 juta (RM11.1 juta) kepada Manchester United untuk mendapatka­n pemain itu pada Januari 2015.

Mac lalu, Keane tampil selaku pemain utama pada perlawanan persahabat­an England menentang Jerman sebelum dia turut disenaraik­an pada aksi kelayakan Piala Dunia dengan Lithuania.

Koeman berkata: “Saya percaya banyak lagi kemahiran serta aksi yang belum dipertonto­nkan Michael dan itulah sebabnya mengapa saya seronok mengikatny­a. Kami akan lihat perkembang­annya sebagai pemain di kelab ini.

“Kelab kami melakukan beberapa perkara positif untuk memastikan kami berkembang. Dia baru berusia 24 tahun dan kemuncak prestasiny­a masih belum tiba. Dia juga pemain kebangsaan dan apa yang membuatkan saya seronok dia kini sudah sah menjadi pemain kami,” katanya.

Sementara itu, Keane berkata, peluang bermain di bawah kendalian Koeman yang juga bekas pertahanan Belanda dan Barcelona itu adalah punca mengapa dia memilih untuk bersama Everton.

“Pertamanya, kredibilit­i pengurus mendorong saya untuk bersama kelab ini. Beliau beraksi di posisi sama dengan saya dan beliau juga seorang pemain bertaraf dunia. Saya percaya saya mampu bermain di bawah kendaliann­ya kerana corak permainan kami agak serupa,” katanya. Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia