Harian Metro

Tunggu hari ini...

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggunaka­n Pelan B sekiranya ramai pemain tidak dapat melaporkan diri hari ini bagi kem latihan pusat sebelum mengharung­i saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC)

B-23 di

Bangkok, hujung bulan ini.

Bagaimanap­un pengendali berusia 46 tahun itu tetap mengharapk­an tiada masalah untuk mengumpul semua 26 pemain yang dipanggil hari ini.

“Saya fikir adalah lebih baik saya fokus bagaimana untuk mempersiap­kan pasukan bagi menghadapi dua membuat persiapan untuk menghadapi Sukan SEA yang dimulai dengan kejohanan kelayakan AFC B-23 di Thailand, hujung bulan ini.

“Saya harap pasukan di Liga Malaysia (Liga-M) memberi kerjasama untuk melepaskan pemain dalam tempoh kritikal ini. Sukan SEA hanya tinggal kurang dua bulan lagi.

“Amat penting sesi latihan dapat dijalankan tanpa gangguan. Kim Swee memerlukan masa yang diminta beliau untuk mengadakan latihan pusat,” katanya.

Aksi di Bangkok dilihat antara medan terbaik Kim Swee membentuk barisan mantap bagi menghadapi Sukan SEA bulan depan.

“Saya tahu tidak boleh memaksa persatuan bola sepak negeri kerana mereka kejohanan besar, kelayakan AFC di Bangkok dari 19 hingga 23 Julai ini dan Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan.

“Saya hanya akan mengetahui berapa ramai pemain yang bersedia untuk menggalas tugas negara esok (hari ini). Jika ramai yang tidak datang, saya hanya akan menyusun turut mengejar kejayaan namun ini permintaan daripada saya dan seluruh peminat bola sepak, jika mengharap menang emas, saya harap kerjasama dapat diberikan kerana ia akan menentukan sama ada pasukan ini bersedia atau sebaliknya,” ujarnya.

Malaysia menetapkan sasaran untuk bergelar juara keseluruha­n namun kejayaan memenangi “ibu segala pingat” iaitu pingat emas bola sepak sememangny­a amat dinantikan rakyat Malaysia. Pelan B selepas itu. Buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan hal negatif mengenai pemain tidak akan melaporkan diri,” katanya.

Arena Metro sebelum ini melaporkan hampir separuh daripada 26 pemain yang dipanggil tidak mendapat pelepasan untuk menyertai skuad B-22 bermula hari ini kerana jadual Liga Malaysia (Liga-M) padat bulan ini.

Antara pasukan yang sudah menyatakan hasrat meminta pengecuali­an adalah Kedah, Pulau Pinang dan FELCRA FC.

Kim Swee mengesahka­n setakat ini tidak dimaklumka­n oleh mana-mana pasukan

 Kim Swee terpaksa guna Pelan B jika ramai pemain tak dapat lapor diri

untuk meminta pengecuali­an pemain dan beliau tidak boleh memanggil pemain lain selain 50 pemain yang sudah didaftarka­n dengan AFC sebelum ini.

“Kami tunggu hingga esok (hari ini). Kami tak boleh cari pemain baru. Kami mendaftark­an 50 pemain dengan AFC tapi semua pemain ini juga bermain dalam Liga Malaysia. Jadi saya tidak boleh berbuat apa-apa sekarang sebaliknya menunggu pemain melaporkan diri,” katanya.

Sebelum berlepas ke Bangkok, Kim Swee terlebih dulu menguji pemainnya dalam aksi persahabat­an menentang skuad Myanmar B-22 di Stadium Shah Alam pada 13 Julai ini.

 ??  ?? SEMUA 26 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat akan melaporkan diri hari ini.
SEMUA 26 pemain yang dipanggil bagi kem latihan pusat akan melaporkan diri hari ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia