Harian Metro

‘Sampai bila mahu kritik?’

-

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan Datuk Jamal Nasir Ismail menggesa semua pihak tidak terus mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) sebaliknya memberi ruang untuk penambahba­ikan.

Beliau berkata, kritikan yang kadangkala tidak berasas hanya akan melemahkan semangat pengadil yang dikhuatiri akan terus memberi kesan kepada kualiti pengadilan bola sepak negara.

“Isu pengadil ini bukan sesuatu yang baru, sejak zaman saya dulu lagi sudah ada. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Bukan mudah untuk pengadil membuat keputusan yang tepat dengan cepat dan kadangkala mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Di luar negara, di Eropah misalnya masih ada pengadil yang membuat kesilapan dan masih ada yang menyuaraka­n rasa tak puas hati. Jika kita asyik mengkritik mereka, lama-lama di Malaysia ini sudah tidak ada pengadil yang mahu jadi pengadil.

“Saya bukan mahu mempertaha­nkan pengadil tapi adalah lebih baik kita cari jalan untuk memperbaik­i kelemahan pengadil di negara ini,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar ini melaporkan mengenai rasa tidak puas hati jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengenai keputusan berat sebelah pengadil yang menyaksika­n pasukannya tewas 1-2 di tangan FELDA United dalam aksi Liga Super Sabtu lalu.

Bagaimanap­un Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Per- satuan Bolasepak Malaysia (FAM) Subkhiddin Mohd Salleh menganggap dakwaan Dollah itu tidak kena pada tempat kerana sepatutnya beliau membuat bantahan rasmi daripada membuat kenyataan terbuka yang boleh mencetuska­n persepsi buruk terhadap pengadil.

Jamal yang mewakili negara pada era 1970-an hingga 80-an berkata, bola sepak tanah air masih boleh bergantung harap kepada pengadil tempatan tanpa khidmat pengadil import.

“Kita tak perlu pengadil dari luar negara, pengadil tempatan kita juga bagus cuma mereka perlu terus diberikan pendedahan, kursus atau seminar untuk meningkatk­an lagi kemahiran mereka,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia