Harian Metro

Pelakon Thai bertandang di ibu kota

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Barisan pelakon utama drama bersiri popular Thailand, Princess

Hours bakal bertemu peminat mereka di Kuala Lumpur, Ahad ini.

Pertemuan istimewa yang bakal berlangsun­g di pusat beli-belah Sunway Pyramid itu bersempena tayangan perdana siri adaptasi drama Korea Selatan berjudul Goong.

Pelakon yang hadir ialah Tao Sattaphong Phiangphor, Pattie Ungsumalyn­n Sirapatsak­metha,

Phan Stephane Saisean Pagniez dan Bebe Thanchanok Ritnaka.

Drama bersiri menampilka­n Pattie dan masing-masing sebagai puteri dan putera kini boleh disaksikan di portal Dimsum, hari ini.

Mengekalka­n keaslian karya asal, Princess Hours versi Thailand ini menampilka­n sisi penceritaa­n dan lakon layar yang lebih segar.

Namun, negara yang dipaparkan dalam siri ini bukan Thailand dan produksi menciptaka­n negara fiksyen diberikan nama Bhutin.

Manakala watak puteri, Kah Ning bercitacit­a menceburi bidang kesenian.

Selain itu, teman wanita Putera Indra pula ditampilka­n sebagai atlet memanah.

Drama ini menyelongk­ar kisah percintaan di antara putera dan gadis biasa dalam suasana kawalan istana diraja yang cukup ketat.

Putera Indra dan Kah Ning dipaksa berkahwin akibat perjanjian awal yang dibuat oleh nenek mereka.

Namun sebelum itu, Putera Indra sudah pun melamar teman wanita berstatus selebriti, Minnie untuk mengahwini­nya namun ditolak dengan alasan ingin mencapai impiannya dulu.

Pattie ialah pelakon yang semakin meningkat di Thailand dan pernah membintang­i beberapa karya antaranya Hormones, Bangkok Traffic Love Story, The Bedside Detective dan Seven Something.

Tao pula pelakon dan penyanyi popular Thailand yang juga finalis Akademi Fantasia musim kelapan.

Drama bersiri

Princess Hours adalah kemunculan pertama pelakon muda berusia 27 tahun ini sebagai hero.

Dia pernah membintang­i drama siri popular I Wanna

Be a Superstar dan

Kiss Me sebagai watak sampingan.

Jangan lupa saksikan pelakon Princess Hours di Sunway Pyramid pada Ahad ini, jam 3 petang.

Selain berkongsi kisah mereka kepada Tao, Pattie, Phan dan Bebe juga akan mengadakan aktiviti dan permainan bersama peminat.

Bukan itu saja, parti tayangan eksklusif di Hotel Capri by Fraser Kuala Lumpur, akan diadakan Malaysia Sabtu ini, jam 8 malam.

Maklumat lanjut mengenai jelajah Princess Hours boleh mengikuti laman rasmi Facebook Dimsum.

Princess Hours versi Thailand tampil sisi penceritaa­n, lakon layar lebih segar

 ??  ?? TAO dan Pattie pegang watak utama.
TAO dan Pattie pegang watak utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia