Harian Metro

ADIWIRA MENGGELETE­K HATI

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Dua tahun lalu, produksi Sony Pictures dan Marvel Studios mengumumka­n akan menghasilk­an kisah baru Spider-Man dengan Kevin Feige dan Amy Pascal sebagai produser filem itu.

Kemunculan SpiderMan remaja dalam Captain America: Civil War tahun lalu secara tidak langsung memberi petunjuk adiwira itu bakal mempunyai filem mengenai dirinya.

Kini, penantian panjang peminat adiwira itu bernoktah apabila Spider-Man: Homecoming ditayangka­n di pawagam seluruh negara mulai esok.

Kisah kali ini berbeza dengan filem Spider-Man lalu kerana mengetenga­hkan naratif segar dan wajah baru.

Filem arahan Jon Watts ini juga bukan berdasarka­n kisah klasik Spider-Man kerana adiwiranya, Peter Parker remaja berusia 16 tahun dan dibintangi jejaka Inggeris, Tom Holland.

Ia memaparkan bagaimana Parker cuba mengimbang­i kehidupann­ya sebagai pelajar sekolah biasa dan pada masa sama melaksakan tanggungja­wabnya sebagai adiwira tanpa pengetahua­n sesiapa.

Semestinya sikap gemar bergurau Spider-Man masih dikekalkan, cuma kali ini lebih sarat dengan babak jenaka yang pastinya membuat penonton ketawa terbahak-bahak.

Perasaan ingin membantu orang sekeliling semakin membuak di hati adiwira muda ini selepas dihadiahka­n sut baru serba canggih daripada Tony Stark.

Ketika masih menyesuaik­an diri dengan kuasa barunya, SpiderMan perlu menumpaska­n perniagaan haram yang dikendalik­an penjahat Vulture lakonan Michael Keaton.

Selain Stark membuat keputusan penting yang bakal mengubah masa depan Parker, filem ini turut mendedahka­n satu watak penting dalam kisah SpiderMan iaitu MJ.

Bagaimanap­un, ini tekateki kepada penonton untuk memikirkan sama ada gadis bernama Michelle yang kemudian meminta rakan sekelasnya memanggiln­ya MJ adalah kekasih SpiderMan bernama Mary Jane. Homecoming, Holland berkata, ada masalah komunikasi dengan pihak Marvel Studios apabila produksi itu menyangka dia mahu menyamar sebagai pelajar sekolah menengah sebagai persiapan wataknya.

Sebagai rakyat British, pelakon berusia 21 tahun itu mendedahka­n kurang memahami suasana sekolah menengah di Amerika Syarikat dan menyuaraka­n cadangan itu sebagai jenaka.

“Niat saya cuma bergurau. Saya mencadangk­an kepada produksi supaya saya menyamar sebagai pelajar sekolah tinggi.

“Tak sangka produksi salah anggap saya menyindir mereka dan memandang serius perkara ini,” katanya ketika menghadiri program bual bicara Jimmy Kimmel Live.

Kata Holland, dia kemudian diberikan beg galas beserta pensel kotak dan dibawa ke Sekolah Sains Bronx.

“Sekolah ini untuk pelajar cemerlang namun saya bukan pintar dalam pelajaran. Saya mengikuti sesi persekolah­an dengan menggunaka­n nama dan loghat palsu.

“Semua guru tidak menyedari saya menyamar dan saya diminta ke hadapan kelas untuk melontarka­n pandangan sebagai pelajar baru.

“Saya beritahu kurang memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Situasi itu memang memalukan,” katanya.

Dalam sidang media lain, Holland mendedahka­n hanya memakai seluar dalam ketika beraksi menggunaka­n kostum Spider-Man.

“Saya diberikan seluar

 ??  ?? DOWNEY (dua dari kanan) kembali sebagai Iron Man dan Tony Stark.
DOWNEY (dua dari kanan) kembali sebagai Iron Man dan Tony Stark.
 ??  ?? HOLLAND akui 'terseksa' untuk menanggalk­an kostum ketika hendak ke tandas.
HOLLAND akui 'terseksa' untuk menanggalk­an kostum ketika hendak ke tandas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia