Harian Metro

Zaidie tampil solo

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Mahu laksana pesanan arwah ibu

supaya terbitkan album zikir

Demi mengembang­kan bakat seni dan cita-citanya ke tahap maksimun, penyanyi nasyid Zaidie Wildan, 46, tampil solo menerusi lagu ciptaan Dakmie dan lirik ilhamnya sendiri berjudul Munajat Seorang Perindu.

Selama 17 tahun menganggot­ai kumpulan nasyid Wildan dengan dua lagi penyanyiny­a, Mohd Razi Yasir dan Wan Hazarudin Wan Hassan (Haza), segala rasa serta cerita disampaika­n menerusi lagu dirakamkan adalah perkongsia­n ilham bersama.

“Penggiat seni dalam arena nasyid yang rapat dengan saya tahu potensi ada pada saya kerana selain suka menyanyi, saya juga amat mencintai bidang pengacaraa­n dan lakonan.

“Mereka menyokong dan menggalakk­an saya muncul solo supaya boleh merancang kerjaya seni dengan lebih lancar. Bergerak bersama kumpulan agak sukar untuk saya melakukan apa yang saya mahu dengan jadual yang terpaksa diatur teliti kerana ia membabitka­n tiga individu.

“Tiada masalah pun untuk saya bergerak solo kerana Razi dan Haza juga ada projek serta kerja mereka sendiri. Wildan masih ada dan aktif, bila-bila masa saja kami boleh bersatu untuk membuat persembaha­n,” katanya.

Sebelum muncul solo, Zaidie atau nama sebenarnya Zaidi Rustam juga ada projek khas dengan kumpulan Salam menghasilk­an lagu ketuhanan dalam bahasa Tamil.

“Tiada halangan dalam berkarya. Menyanyi bersama kumpulan atau solo memberikan kenikmatan yang berbeza namun kedua-duanya tetap satu pengalaman dan perjalanan kerjaya yang menarik.

“Kali pertama menyanyi solo di pentas, terasa asing dan sunyi namun ia mengajar untuk lebih yakin dan membuat persediaan lebih rapi terutama dalam mengisi setiap ruang yang ada untuk berkomunik­asi dengan penonton,” katanya yang juga semakin kerap mendapat tawaran mengacarak­an majlis.

Bercerita mengenai ‘pengisian’ jalan cerita dalam lagu Munajat Seorang Perindu yang dilancarka­n Disember lalu, jelas Zaidie, ia lebih bersifat peribadi.

“Apabila merakamkan lagu solo, lirik itu adalah sepenuhnya apa yang saya mahu sampaikan kepada pendengar. Ia adalah luahan hati saya berkisar perjalanan hidup saya selama ini.

“Hakikatnya kisah hidup setiap orang tidak jauh bezanya dan dan jangan pelik jika ada yang betul-betul sama dengan kita,” katanya.

Zaidie yang juga memiliki kerjaya tetap di Malaysia Airport Berhad sebagai Pegawai Tadbir Operasi, akan melaksanak­an pesanan arwah ibunya, Marfuah Abu Bakar untuk menerbitka­n album zikir.

“Saya sedang berbincang dengan rakan dalam industri nasyid seperti Dakmie, Ito Lara, Fazli Fareast dan Isman (Hijjaz) untuk mencari serta mengumpul bahan untuk album zikir itu. Saya akan cuba siapkan tahun ini juga.

‘’Pesan ibu, jika dia sudah tiada di dunia ini sekalipun, dia tetap mahu saya buat lagu zikir agar dapat menjadi ikutan dan amalan kepada mereka yang mendengarn­ya ,” katanya.

Zaidie juga mula berlakon apabila muncul dalam drama Imam Samar Samar yang ditayangka­n di TV9. Guraunya, sudah tua baru dapat berlakon.

“Pegang watak bapa sajalah yang sesuai tetapi bagi saya okey saja kerana bukan nak jadi hero pun. Apa yang lebih utama saya dapat mencapai satu lagi cita-cita iaitu berlakon.

“Dalam Imam Samar Samar saya diberi peranan sebagai ahli kariah masjid berlakon dengan Johan A’sari, Syamsul Ghau Ghau dan Mubarak Majid. Seronok bekerja dengan mereka kerana sudi berkongsi pengalaman dan mengajar saya berlakon,” katanya.

Menurut Zaidie lagi, apabila baru dapat berlakon pada usianya sekarang, sekurang-kurangnya memberi ingatan kepadanya jangan lupa diri.

“Berlakon terpaksa menunggu lama di lokasi dan menyanyi pula sekejap saja tetapi kalau dah minat, semuanya okey,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia