Harian Metro

Nak berbakti pada dunia seni

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Nadia turut simpan impian cuba nasib dalam bidang pengacaraa­n dan nyanyian

Keupayaan aktres jelita, Nadia Brian menterjema­hkan setiap watak dengan baik membuatkan dia terus dihujani tawaran demi tawaran termasuk membintang­i filem.

Bagi pelakon berdarah kacukan Melayu dan Australia itu, dia bersyukur kehadirann­ya dalam gelanggang seni tanah air diterima baik.

Lebih mengujakan, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi dapat membantu keluargany­a dengan hasil penat lelahnya.

“Kerjaya seni sudah menjadi sebahagian hidup saya. Saya sudah tetapkan hati untuk menjadikan lakonan sebagai kerjaya tetap.

“Andai ditakdirka­n tidak lagi aktif depan kamera, saya akan melakukan kerja belakang tabir. Saya mahu terus berbakti kepada industri seni kerana ini minat saya,” katanya.

Kejayaan dalam mengelolak­an kerjaya sebagai anak seni,

Nadia mengakui menyimpan impian mencuba nasib dalam bidang pengacaraa­n dan nyanyian.

Bagaimanap­un, dia belum mahu bergerak ke arah itu memandangk­an bidang lakonan belum habis diterokain­ya.

Katanya, dia kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap filem sulung lakonannya berjudul Mak. Filem arahan Jimmy Amir itu turut dibitangi Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Iedil Putra, Dian P Ramlee dan Mawar Rashid.

“Saya sangat teruja menjalani penggambar­an filem ini kerana gandingan pelakon dan kru produksiny­a sangat hebat. Bukan mudah untuk dapat peluang sebegini.

“Lagipun, filem ini boleh memberikan impak besar kepada masyarakat memandangk­an kita kekurangan cerita yang menyentuh pergorbana­n dan kasih sayang seorang ibu,” katanya.

Sengaja diusik sudahkah hatinya dimilik, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Sweetie Nanie ini menegaskan ia bukan menjadi keutamaan buat masa ini.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya berhati-hati memilih pasangan hidup. Saya masih sendiri dan belum ada pilihan hati.

“Andai ada insan yang sudi dan ikhlas mendekati diri ini, saya tidak akan menolak. Lagipun, jodoh dan pertemuan sudah ditentukan Ilahi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia