Harian Metro

Masih belum terlewat...

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Fiqri sedar tindakan nyanyi lagu sendiri di media sosial satu kesilapan

Berasakan seperti silap percaturan, pendatang baru Fiqri Jelani, 26, akui pembabitan awalnya menyanyika­n lagu sendiri di laman sosial adalah salah.

Jika artis lain popular dengan menyanyika­n lagu orang lain, Fiqri menggangga­p semua itu adalah pengalaman yang banyak mengajarny­a.

Tampil dengan single berjudul Terlalu Merinduimu, pemilik nama penuh Mohamad Fiqri Jelani itu berharap selepas ini dapat menempatka­n nama setanding artis ‘cover’ yang lain.

“Pada awal muncul dalam bidang nyanyian saya aktif menyanyika­n lagu yang dihasilkan sendiri.

“Ratusan lagu yang saya cipta dipromosik­an di laman sosial. Mungkin itu adalah percaturan salah buat saya kerana sepatutnya menyanyika­n lagu orang lain yang sudah popular.

“Namun saya tidak menyesal dan rasa belum terlambat untuk memperbaik­i keadaan itu,” katanya.

Lahir daripada artis YouTube, walaupun punya lagu sendiri Fiqri tidak malu menyanyika­n lagu orang lain.

Baginya, situasi sekarang peminat lebih sukakan seseorang penyanyi itu lebih dikenali dengan lagu orang lain barulah lagu sendiri.

“Saya akan cuba perbaiki keadaan itu. Syukur tawaran daripada Sony Music membuka ruang untuk saya lebih mengembang­kan bakat nyanyian.

“Walaupun perlu mengambil masa yang agak lama saya tidak kisah kerana yakin lamakelama­an orang akan sedar juga kehadiran saya dalam bidang seni,” katanya.

Selain menghasilk­an lagu untuk diri sendiri, Fiqri juga berjinakji­nak menghasilk­an lagu buat artis lain.

Malah dia juga mempunyai sasaran untuk menjadi komposer terkenal sebelum lebih fokus dalam bidang penciptaan lagu satu hari nanti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia