Harian Metro

MANTAP ALBUM SULUNG

-

Rampage rakam satu lagi lagu baru ciptaan M Nasir sebagai bonus

konsep versatil.

“Kami percaya muzik begini mudah diterima pada era kini,” katanya.

Menurut Yazit, Rempuh yang menampilka­n genre hard rock, heavy rock dan world music rock sudah siap sepenuhnya.

Ia dijangka dipasarkan dalam tempoh sebulan lagi.

“Kulit album Rempuh sudah mula dicetak. Album ini diterbitka­n dalam dua edisi album mini yang akan dipasarkan dua kali dalam tempoh setahun. Sekarang kami dalam proses mengenal pasti pengedar sesuai.

“Menariknya, setiap album ini disertakan dengan ‘booklet’ Rampage dan poster bersaiz besar. Ia sebagai hadiah buat peminat,” katanya.

Yazit berkata, dia menanam tekad untuk berusaha sehabis baik buat kumpulan yang dianggapny­a seperti adik sendiri ini.

“Selagi saya ada dan kuat, saya akan bimbing mereka (anggota Rampage). Saya sudah seperti abang mereka.

“Saya pasti pengalaman selama 40 tahun dengan Search boleh membantu melakukan yang terbaik dan menjadikan Rampage sebuah kumpulan contoh,” katanya.

Dalam pada itu, Yazit gembira dengan pencapaian Rampage yang pernah diundang menjayakan persembaha­n sempena Hari Terbuka Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak pada hujung April lalu dan Karnival KLXtravaga­nza anjuran Karyawan di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur pada Mei lalu.

“Ia pengalaman yang mahal kerana Rampage bukan nama besar berbanding band popular lain.

“Orang lihat kami dianggotai pemuzik berpengala­man, tapi seba liknya kami tetap anggap sebagai orang baru dalam bidang seni,” katanya.

Menurutnya, persembaha­n ini satu landasan terbaik bagi memperkena­lkan nama Rampage kepada peminat.

 ?? FOTO PAKAIAN ?? DARI kiri Moq, Zham, Yazit, Jemboo dan Rithan.
FOTO PAKAIAN DARI kiri Moq, Zham, Yazit, Jemboo dan Rithan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia