Harian Metro

‘Larian lapangan terbang’ elak bekas kekasih

-

Ketika berehat bersama keluarga sempena sambutan Aidilfitri barubaru ini, SS menerima panggilan telefon daripada teman yang menyampaik­an gosip panas membabitka­n dua bintang sensasi.

Menurut teman

SS, pasangan artis itu dikatakan kelam-kabut dan ‘melarikan diri’ di lapangan terbang kerana takut bertembung dengan bekas kekasih artis lelaki itu.

Yang menjadikan plot kisah ‘larian lapangan terbang’ ini semakin dramatik, khabarnya pelakon lelaki itu didakwa bertembung dengan bekas kekasihnya di lapangan terbang terlebih dulu.

Menyedari yang mereka bakal menaiki penerbanga­n dan ke pulau yang sama, pelakon lelaki dan kekasih barunya ini terus membuat keputusan tidak menaiki penerbanga­n berkenaan.

Sebaliknya rakanmerek­asaja yang menaiki pesawat itu. Lebih mengeruhka­n keadaan, pelakon lelaki itu juga sanggup mengeluark­an kembali bagasinya yang sudah didaftar masuk hingga menimbulka­n masalah kelewatan kepada pihak pengurusan penerbanga­n.

Ingatkan setakat itu saja drama ‘larian lapangan terbang’ ini.

Plot bertambah menarik, apabila pasangan bercinta ini membeli tiket penerbanga­n baru untuk ke pulau terbabit.

Barangkali tidak selesa diperhatik­an, pasangan sensasi itu dilihat memakai kaca mata dan ‘hoodie’ sepanjang berada di lapangan terbang.

Rakan SS sempatlah melewati laman Instagram dua artis popular ini. Sunyi sepi saja beberapa hari ini tanpa sebarang ‘posting’. Kalau betul ke pulau, ‘upload’lah sekeping dua gambar pulau di sana.

Namun, sempena sambutan Syawal ini, SS lebih suka bersangka baik saja.

Mungkin juga pasangan sensasiitu­kepulau terbabit atas urusan kerja, kan? Hanya mereka berdua yang ada jawapannya.

SS: Berani kerana benar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia