Harian Metro

KAMERA AKSI PALING POPULAR

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Kamera aksi, TV dan peranti boleh pakai adalah antara produk berteknolo­gi paling mendapat perhatian dalam kalangan pengguna di Asia Pasifik termasuk Malaysia tahun lalu.

Kajian yang dijalankan agensi penyelidik, Gfk menunjukka­n kamera aksi menampilka­n 13 jenama tahun lalu berbanding hanya dua pada 2015 termasuk keupayaan 360.

Sepanjang tahun lalu, Asia Pasifik menjadi penyumbang terbesar bagi jualan kamera aksi dengan mencatatka­n peningkata­n 57 peratus jumlah jualan.

Pengarah Kanan Teknologi di GfK

Asia, Gerard Tan, berkata pada masa kini, ramai pengguna gemar berkongsi video melalui media sosial dan ia menjurus kepada peningkata­n populariti bagi kamera aksi.

“Selain kemampuann­ya untuk disambungk­an terus kepada telefon pintar, kamera aksi juga menarik minat ramai pengguna yang kini dahagakan cara baru dan menarik untuk merakam kehidupan harian masing-masing dan dikongsika­n dalam bentuk HD penuh,” katanya.

Jualan TV jenis 4K juga mendapat perhatian apabila mencatatka­n jualan sehingga 103 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu selaras dengan naik taraf pengguna berbanding TV lama jenis HD penuh.

“Permintaan terhadap TV 4K dijangka terus meningkat pada kadar 42 peratus untuk tahun ini,” kata Tan.

Jelasnya, populariti UHD juga akan membuka ruang untuk studio penerbitan menghasilk­an karya yang imejnya lebih baik memandangk­an kini semakin banyak peranti rakaman kini yang mampu menyokong rakaman 4K.

Sementara itu, peranti boleh pakai yang merangkumi gajet seperti jam tangan pintar dan gelang kesihatan serta kecergasan juga semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna elektronik.

“Jumlah jualan unit yang dicatatkan dalam pasaran Asia Pasifik menjangkau­i

3.3 juta dengan kadar perbelanja­an untuk kategori produk berkenaan menampakka­n peningkata­n sembilan peratus berbanding

2015,” katanya.

 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia