Harian Metro

KUMPUL PEMINAT PRO EVOLUTION SOCCER

- Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my

Permainan video boleh dikategori­kan aktiviti masa lapang bagi anak muda. Namun, peluang sentiasa tersedia bagi mereka yang ingin menonjolka­n bakat dan bertanding secara kompetitif dalam lapangan ini.

Didorong keinginan mencari dan mengumpul pemain Pro

Evolution Soccer (PES) di seluruh Malaysia membuatkan Ahmad Yazid Abdul Rahman terpanggil untuk menubuhkan satu komuniti yang menguruska­n program berkaitan permainan ini.

Bercerita sejarah penubuhann­ya kepada penulis, Yazid berkata, idea itu hadir apabila dia mendapati kurangnya sambutan diterima dalam permainan ini.

“Komuniti PES sudah lama wujud di Malaysia namun ia tidak berkembang berikutan kurangnya pendedahan diberikan. Lagipun, pada masa itu tiada pertanding­an diwujudkan untuk merapatkan komuniti ini yang terdiri daripada setiap lapisan usia.

“Saya dengan kawan rapat, Muhammad Fauzi Zaini kemudian menubuhkan komuniti PES yang baru pada dua tahun lalu bertujuan ‘menghidupk­an’ kembali permainan ini di Malaysia agar lebih dikenali terutama kepada generasi muda,” katanya.

Menurut Yazid, lapan orang admin mengendali­kan media sosial dari Facebook hinggalah laman web rasmi komuniti ini.

“Seramai lapan orang, setiap daripada kami mempunyai tugasan masing-masing. Untuk pertanding­an dalam talian, pengurusan­nya sudah tentu berbeza berbanding kejohanan secara langsung di tempat terbuka.

“Oleh itu, kami mempunyai tenaga kerja yang mempunyai kepakaran masing-masing. Ini memastikan segala program dijalankan dengan lancar dan setiap peserta dapat bertanding tanpa sebarang masalah teknikal dan sebagainya,” katanya.

Komuniti PES MY turut mendapat pengiktira­fan daripada Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dan pembangun PES iaitu Konami dari Jepun.

“Dengan adanya sokongan ini, kami memfokuska­n dua objektif utama iaitu mencari bakat baru menerusi pertanding­an dianjurkan dan menghantar wakil Malaysia ke kejohanan PES luar negara.

“Pertama, cara itu dilaksanak­an dengan memperkena­lkan sistem ranking di laman web pesleague.my yang mana pemain boleh menyemak mata terkumpul hasil kemenangan di mana-mana pertanding­an di bawah kelolaan komuniti PES MY.

“Menariknya, sistem merit ini memastikan setiap pemain kasual keluar dari zon selesa dan mempertaru­h bakat dalam pertanding­an dianjurkan. Kami juga bekerjasam­a dengan beberapa studio ‘gaming’ di Semenanjun­g yang menyediaka­n fasiliti dan kelengkapa­n elektronik untuk pemain bertanding,” katanya.

Sepanjang dua tahun penubuhan komuniti ini, mereka berjaya menghantar empat wakil negara ke kejohanan luar di Hanoi, Vietnam dan terbaru di Bandung, Indonesia.

“Itu kepentinga­n ranking di laman web kami. Ia adalah sistem merit untuk menentukan siapa yang layak menjadi wakil untuk bertanding dengan pemain luar lebih berpengala­man.

“Setakat ini, alhamdulil­lah, saya boleh nampak peningkata­n prestasi bagi setiap ahli memandangk­an terdapat banyak pertanding­an dianjurkan di utara dan selatan tanah air malah di pantai timur sekalipun. Matlamat kami untuk tahun depan ialah memenangi trofi bagi kejohanan PES Asia Tenggara yang bakal diadakan di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? PES Malaysia di kejuaraan PES2017 di Bandung, Indonesia (peringkat Asia Tengga
PES Malaysia di kejuaraan PES2017 di Bandung, Indonesia (peringkat Asia Tengga
 ??  ?? MENGHANTAR wakil Malaysia ke
MENGHANTAR wakil Malaysia ke
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia