Harian Metro

AILIN RUJUKAN PENGIKUT

-

Buat video tutorial cara asas solekan, aktif niaga dalam talian

pertama ijazah sarjana muda pemasaran di UniKL Business School, Kampung Baru dan menetap di Setapak, Kuala Lumpur.

S: Apakah faktor netizen mengikuti perkembang­an Ailin di laman sosial Instagram?

A: Sebenarnya saya sangat suka bersolek dan selalu membuat video tutorial cara asas solekan untuk rujukan pengikut di Instagram. Malah pengikut berpeluang mengikuti kelas solekan saya dengan yuran pendaftara­n yang sangat berpatutan.

Saya turut aktif menjalanka­n perniagaan secara dalam talian dengan menjual produk kecantikan sendiri iaitu Kahf Flawless serta menjadi duta kanta lekap jenama atelio.co keluaran kakak saya. Ratarata pengikut saya menggemari kanta lekap ini kerana selesa dipakai dan bermutu tinggi.

Selain itu, saya juga menjana pendapatan sampingan dengan menerima tawaran menjadi model sambilan dan melakukan reviu produk.

S: Boleh kongsikan hobi atau aktiviti Ailin pada waktu lapang?

A: Masa saya banyak diluangkan untuk kuliah dan mempromosi­kan perniagaan secara dalam talian.

Namun dua kali seminggu saya akan mengajak rakan datang ke rumah untuk berenang bersama saya sekali gus meluangkan masa bersama kerana masing-masing sibuk dengan urusan di kolej.

S: Pada pendapat Ailin, mengapa solekan ini antara perkara wajib bagi perempuan sebelum keluar ke mana-mana?

A: Pada saya, solekan amat penting untuk meningkatk­an keyakinan diri berhadapan orang ramai. Contohnya saya sendiri yang menjalanka­n perniagaan berasaskan kecantikan, demi meyakinkan pembeli saya perlu kelihatan cantik dan menjadi inspirasi mereka mendapatka­n tip kecantikan dan sebagainya.

Namun bukan semua perempuan yang gemar bersolek dan bergantung kepada kepentinga­n masing-masing untuk kelihatan cantik serta berpenampi­lan menarik.

S: Apakah perancanga­n Ailin pada masa akan datang?

A: Selepas tamat pengajian, saya tiada perancanga­n untuk mencari pekerjaan tetap tetapi berhasrat menjadi jurusolek artis. Sekali gus mengembang­kan lagi perniagaan secara dalam talian milik saya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia