Harian Metro

AMBIL TAHU SENARAI RAMUAN

-

DARI MUKA 15

Ada lapan jenis makanan alergenik yang utama iaitu:

Telur

Susu

Ikan

Makanan bercangker­ang Kacang pokok

Kacang tanah

Gandum

Kacang soya

MENGENALI ALERGI MAKANAN

Amnya, gejala yang berkaitan soal alergi makanan sukar untuk dikaitkan dengan sesuatu makanan. Antara gejala alergi makanan yang lazim termasuk:

Geligata

Kulit merah atau ruam Mulut terasa berdenyutd­enyut atau gatal

Bengkak muka, lidah atau bibir

Muntah-muntah dan/atau cirit-birit

Kejang abdomen

Batuk atau nafas berdehit Pening atau pening lalat Bengkak kerongkong dan pita suara

Sukar bernafas

Pitam

Oleh kerana anak kecil mungkin tidak tahu cara meluahkan jenis simptom yang mereka alami dengan terperinci, anak anda mungkin menggunaka­n perkataan seperti ‘Mulut saya rasa sakit/berdenyutd­enyut/kebas’. Apa yang penting adalah untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang tanda cemas yang mungkin menjadi indikasi atau petunjuk kepada tindak balas alergi.

Walaupun alergi makanan boleh menjadi serius, ada langkah yang anda boleh ambil untuk mengatasi keadaan ini. Sebaik saja anda mengesyaki anak mengalami alergi makanan, segera bawa si kecil berjumpa doktor untuk menjalani ujian diagnostik melalui ujian cucuk kulit atau ujian darah.

AMBIL PERHATIAN

Sebagai ibu bapa, antara perkara pertama yang perlu anda beri perhatian ialah ketika membeli barang makanan. Jika anak anda alah pada satu-satu jenis makanan, lebih baik cuba mengelakka­n si kecil daripada terdedah kepada makanan berkenaan, terutama jika dia mengalami tindak balas teruk.

Beri lebih perhatian kepada senarai ramuan apabila pergi membeli barang runcit. Makanan alergenik utama mungkin tersenarai dengan jelas contohnya lesitin (soya), tepung (gandum) dan whey (susu). Sesetengah pengilang mungkin meletakkan kenyataan pada bungkusan untuk memberitah­u bahawa produk mereka mengandung­i ramuan tertentu, contohnya menyenarai­kan makanan alergenik sebagai ‘perekat’ atau ‘pengemulsi’, yang bermaksud produk berkenaan mungkin dihasilkan menggunaka­n telur atau soya.

TAHUKAH ANDA?

Alergi makanan sering menyebabka­n simptom dalam tempoh dua jam selepas dimakan, dengan sesetengah tindak balas berlaku dalam masa beberapa minit. Namun begitu, ada juga kes di mana tindak balas tertanggun­g sehingga enam jam atau lebih.

Ada satu lagi jenis alergi makanan yang mempunyai tindak balas lambat dikenali sebagai Sindrom Enterokoli­tis Cetusan Protein Makanan atau Food ProteinInd­uced Enterocoli­tis Syndrome (FPIES).

Ia adalah tindak balas gastrousus yang teruk dan lazimnya berlaku di antara dua hingga enam jam selepas mengambil susu, soya, sesetengah bijiran atau makanan pepejal tertentu. Ia biasanya terjadi dalam kalangan bayi kecil yang terdedah kepada makanan berkenaan buat pertama kalinya. FPIES boleh menyebabka­n episod muntah-muntah yang berulang dan seterusnya menyebabka­n dehidrasi. Sesetengah bayi juga mendapat cirit-birit berdarah.

MENGENDALI­KAN ALERGI MAKANAN

Apabila anda sudah memastikan bahawa anak anda mengalami alergi makanan, perkara seterusnya yang harus dilakukan ialah mengelakka­n makanan terbabit, terutamany­a jika anak anda menunjukka­n tindak balas yang teruk. Ambil perhatian sekiranya dia alah kepada makanan tertentu, kemungkina­n dia juga alah kepada makanan lain yang berkaitan contohnya, seseorang yang alah kepada udang juga alah kepada ketam.

Jika anda hanya mengesyaki anak anda mempunyai alergi makanan, anda perlu mula membuat diari makanan. Pastikan anda menyenarai­kan semua makanan yang anda beri kepada anak dan simpan juga label mana-mana produk komersial. Ini dapat membantu pakar kanakkanak atau pakar alergi untuk memastikan sama ada anak anda betul-betul alah kepada makanan berkenaan.

Pakar kanak-kanak atau alergi akan mengambil sejarah keluarga dan sejarah perubatan yang diperlukan. Dia akan menjalanka­n ujian berkaitan untuk menentukan sama ada anak anda mengalami masalah alergi makanan.

BERJAUHAN DARI RUMAH

Sekiranya anda mendapati si kecil mengalami tindak balas teruk terhadap makanan tertentu, pastikan anda memberitah­u sekolah dan pengasuh mengenai masalahnya. Untuk membantu, beri mereka kad kecemasan yang menerangka­n cara mencegah, mengenalpa­sti dan mengendali­kan alergi makanan yang dihidapi anak anda. -Dr Amir Hamzah Abdul Latiff (Pakar Perunding Kanakkanak & Pakar Perunding Imunologi Klinikal/Alergi)

Artikel ini adalah sumbangan program Pengasuhan Positif oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dengan kerjasama rakan pakar Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Obstetrik dan Ginekologi Malaysia, Persatuan Kesihatan Mental

Malaysia, Persatuan Psikologi Klinikal

Malaysia, Persatuan Psikiatri Malaysia,

Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara Malaysia, Persatuan Tadika Malaysia dan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia. Pendapat dalam artikel ini adalah pandangan penulis. Untuk maklumat lanjut dan membaca majalah-e Pengasuhan Positif, layari www.mypositive­parenting. org.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia