Harian Metro

Kaedah belajar ikut peringkat usia

-

Menurut Pengurus Pemasaran dan Jualan Akademi Teknologi DS

Mohd Haaziq Mohd Yusof, perbezaan cara dan pendekatan mengikut peringkat usia disebabkan kanak-kanak pada usia tujuh hingga sembilan tahun gemar berimagina­si dan bermain dengan blok Lego. Ini adalah satu cara memperkema­skan tumpuan dan minat mereka.

“Bagi kumpulan yang berada pada awal remaja mereka lebih matang, berani dan sentiasa inginkan sesuatu yang lebih mencabar. Jadi silibus dalam pembelajar­an lebih kepada menghasilk­an rekaan robot dengan kaedah koding menggunaka­n komputer,” katanya.

Walaupun baru saja dibuka dua tahun lalu di Bandar Baru Bangi, kelas yang menawarkan asas rekaan robotik mendapat sambutan menggalakk­an daripada ibu bapa yang sudah mempunyai kesedaran mengenai kepentinga­n sains dan teknologi pada masa hadapan.

Mereka juga tidak mengharapk­an dengan memasuki kelas dan belajar pada setiap minggu anak dapat menguasai kemahiran yang diajar sebaliknya dengan cepat kerana kemahiran berkomunik­asi lebih utama.

Katanya lagi, kehadiran gajet seperti telefon pintar dan tablet menjadikan generasi masa kini lebih terarah untuk mempelajar­i sesuatu yang baru.

Berikan apa saja ilmu berkaitan komputer atau teknologi maklumat mereka mudah menerimany­a. Secara tidak langsung ia mendedahka­n kepada sesuatu yang lebih positif sama ada dari segi mental dan emosi mereka.

“Dari sudut yang lain ibu bapa dapat mengalihka­n tumpuan dan perhatian anak bukan hanya kepada permainan video atau melayari YouTube sebaliknya otak mereka dilatih secara pengkomput­eran menjadi lebih sistematik, kreatif dan inovatif,” jelasnya.

KEBAIKAN MENTAL DAN EMOSI

Menurut Ketua Jabatan Kurikulum Akademi Teknologi DS Muhammad Ghazali Ya’id, ketika menyiapkan mengenai silibus pembelajar­an dia membuat kajian dengan merujuk negara luar termasuk Jepun, China, Korea dan Amerika Syarikat mengenai kaedah pembelajar­an yang akan digunakan. Pada masa sama, supaya pelajar tidak ketinggala­n, disediakan juga dengan pertanding­an robotik kebangsaan bagi menanam lebih minat dalam bidang ini.

“Walaupun pada mulanya niat ibu bapa yang menghantar anak ke sini hanya sekadar mengisi masa terluang sepanjang cuti sekolah tetapi dengan tunjuk ajar jurulatih berpengala­man dalam bidang sains komputer dan kejurutera­an menjadikan mereka semakin mahir sehingga mampu menyertai pertanding­an di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

Mengenai manfaat yang

 ??  ?? MUHAMMAD GHAZALI (kanan) dan Mohd Haaziq (tengah) di Akademi
Teknologi DS.
MUHAMMAD GHAZALI (kanan) dan Mohd Haaziq (tengah) di Akademi Teknologi DS.
 ??  ?? MENGHASILK­AN robot ala kenderaan turut diajar menerusi kelas robotik.
MENGHASILK­AN robot ala kenderaan turut diajar menerusi kelas robotik.
 ??  ?? Kelas sebegini dapat memberi peluang kepada
kanak-kanak memperluas­kan
kepintaran mereka dalam sudut berbeza
Kelas sebegini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak memperluas­kan kepintaran mereka dalam sudut berbeza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia