Harian Metro

Bantu ibu bapa fahami proses tumbesaran otak

-

Kebanyakan ibu bapa gembira melihat perkembang­an anak mereka yang aktif bermain serta mempunyai fizikal yang sihat. Namun bagaimana dengan tumbesaran otak si kecil adakah ia selari dengan pembentuka­n fizikal?

Berbanding pertumbuha­n luaran, tumbesaran otak agak sukar diperhatik­an. Ini kerana ia hanya dapat dilihat menerusi pembelajar­an di sekolah atau tahap kebolehan mengikuti apa yang diajar ibu bapa.

Oleh itu amat penting mengetahui pembentuka­n sel otak yang mula terbentuk pada hari ke-28 kehamilan. Selepas bayi dilahirkan, terdapat kira-kira 100 bilion sel otak yang sedang berfungsi.

Pada peringkat awal usia kanak-kanak, hubungan sel otak ini berkembang dengan pesat apabila setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubunga­n dengan sel otak yang lain. Apabila mencapai usia dua atau tiga tahun, hubungan ini berganda sebanyak enam kali.

Menurut Pengurus Saintifik dan Nutrisi

Fonterra Brands Malaysia Wendy Goh, perhubunga­n yang dikenali sebagai sinaps ini adalah cara sel otak berkomunik­asi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitar­an luaran merangsang pembentuka­n hubungan sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitar­an luaran, semakin banyak perhubunga­n akan terbentuk.

“Perhubunga­n antara sel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajar­an, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan gangliosid­a amat penting dalam tumbesaran otak,” katanya yang menggalakk­an ibu bapa memahami tumbesaran otak si kecil sebagai usaha membantu tingkat pembelajar­an mereka di sekolah.

Menyedari pentingnya fungsi kognitif otak bagi si comel, Anmum Essential memperkena­lkan Grow Amazing, suatu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembang­an otak si manja.

Menurut Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia, Irene Cheah,

DHA dan gangliosid­a

(GA) terdapat di dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran­nya. DHA membantu dalam pembentuka­n sel otak manakala gangliosid­a menyokong pembentuka­n hubungan sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaru­hi perkembang­an kanakkanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

Namun begitu, kajian menunjukka­n pengambila­n gangliosid­a bagi satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia adalah 40 peratus lebih rendah daripada purata pengambila­n gangliosid­a dalam sehari. Selain makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambila­n gangliosid­a boleh dipertingk­atkan dengan susu dan produk tenusu.

Anmum Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras gangliosid­a yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan, mengandung­i prebiotik FOS dan Inulin. Persekitar­an usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif. Selain itu, ia juga mengandung­i vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

 ??  ??
 ??  ?? ANMUM Essential.
ANMUM Essential.
 ??  ?? IRENE CHEAH
IRENE CHEAH
 ??  ?? WENDY GOH
WENDY GOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia