Harian Metro

Santan sumber imunisasi tubuh

-

yang mempunyai masalah pengambila­n makanan berlaktosa. Ia juga menjadi pilihan popular dalam kalangan vegetarian.

Terkenal dengan rangkaian produk makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan awet Ayam Brand turut menawarkan santan kelapa berkhasiat dan sedap di dalam pek mudah sejak berdekad lamanya.

Santan Kelapa Ayam Brand diperah daripada kelapa matang terpilih. Ia kemudian disimpan di dalam pek tetra yang mudah, menggunaka­n teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Santan ini setaraf yang diperah menggunaka­n tangan, tetapi lebih mudah kerana tidak perlu membersihk­annya selepas itu.

Memasak atau menyediaka­n makanan sihat dengan santan Ayam Brand sememangny­a mudah dan enak. Untuk penggunaan santan yang lebih moden, cuba Bubur Kuinoa buah-buahan kering yang bebas gluten. Ia lebih mudah dihadam, kurang alergen dan tinggi kualiti proteinnya bersama antioksida­n dan fitonutrie­n antiradang.

Bagi penggemar masakan manis hidangan Kelapa dan Dadih Chia memberikan pilihan lebih sihat. Kombinasi santan dan biji chia atau selasih yang kaya nutrien, menjadi pilihan terbaik sama ada sebelum atau selepas bersukan. Ia juga satu pilihan sarapan yang sihat dan mudah untuk disediakan.

Untuk stamina campurkan santan dengan bubur biji selasih. Ia padat dengan enzim, mineral, vitamin dan asid amino yang mengandung­i bahan antibakter­ia, antifungus dan antioksida­n.

Minuman campuran coklat bersama pisang dan santan boleh dinikmati di tempat kerja. Ia menyegarka­n kerana koko mengandung­i fenetilami­na, satu neurotrans­miter di dalam otak yang diketahui berfungsi untuk menaikkan mood dan antikemuru­ngan yang bersifat semula jadi. Semua resipi ini boleh didapati di dalam buku

Food For The Brain oleh Prof Shirasawa.

Santan Ayam Brand ditawarkan pada harga RM10.28 untuk 1,000ml (bersamaan lima biji kelapa) yang sesuai untuk penyediaan makanan untuk keluarga besar atau memasak pada hari perayaan manakala pek 200ml pula berharga RM2.65 (bersamaan dengan sebiji kelapa).

Santan cair (Trim coconut milk) 200ml berharga RM2.54, sesuai untuk mereka yang ingin menjaga berat badan dan memasak kari atau kuah yang sedikit cair. Rangkaian lengkap produk Ayam Brand boleh didapati di semua cawangan runcit seluruh negara. Sila layari laman web http:// www.ayambrand.com. my/recipes-video untuk mengetahui lebih banyak cara menikmati santan.

 ??  ?? BUBUR dengan
campuran buah kering.
BUBUR dengan campuran buah kering.
 ??  ?? SANTAN pelengkap dalam masakan.
SANTAN pelengkap dalam masakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia