Harian Metro

Gado-gado raya enak sarat kebaikan sayur-sayuran

-

Perasan atau tidak, sepanjang musim perayaan ini kita lebih memberi tumpuan kepada juadah berat seperti nasi dan lauk. Hidangan berasaskan sayur-sayuran biasanya hanya menjadi sajian sampingan yang kadangkala tidak mendapat sambutan.

Memang sukar memikat selera golongan muda dan kanak-kanak untuk mencuba sajian berasaskan sayur-sayuran walaupun sudah acap kali diberitahu kebaikanny­a. Sebab itulah, kita perlu bijak mencari resipi kreatif dan menarik yang mudah disediakan serta tidak memerlukan perbelanja­an besar.

Bagi memberi ilham kepada anda, Kimball bekerjasam­a dengan Cef Rohani Jelani menyediaka­n hidangan istimewa menerusi menu Sajian Bijak Raya Kimball untuk memberi kelainan kepada hidangan raya anda tanpa menggunaka­n bajet yang tinggi. Lebih penting, sajian Gado-gado Raya yang enak ini sarat dengan kebaikan sayur-sayuran.

GADO-GADO RAYA KIMBALL

Masa Penyediaan: 30 minit Masa Memasak: 20 minit Saiz Penyediaan: 8 orang Kos: RM18

Bahan Sos:

2 sudu besar minyak 2 sudu besar pes cili Ω cawan sos lada hitam Ω cawan sos cili

Ω cawan santan

2 cawan air

1 1/2 cawan (180g) kacang tanah panggang, ditumbuk halus BAHAN SALAD:

6 batang kacang panjang, dipotong 5sm panjang, dicelur dan disejat

3 cawan hirisan kubis, dicelur dan disejat

1 ikat kecil kangkung, dipotong 5sm, dicelur dan disejat

2 biji kentang, direbus dan dihiris tebal

3 biji telur rebus, dipotong baji

3 keping taufu, digoreng dan dipotong 2sm kiub

1 biji sengkuang, diparut halus

2 keping tempe, digoreng dan dipotong 2sm kiub

1 biji timun, diparut halus 1 tin kacang kuda, disejat 10-20 keping keropok belinjau

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia