Harian Metro

Cara betul beri bayi makan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Apabila bayi sudah mencapai usia enam bulan, bermula fasa peralihan untuk si kecil menikmati makanan. Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu sudah pasti tiada pengalaman menyediaka­n makanan buat si comel. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar makanan si kecil sihat dan berkhasiat.

Untuk makanan pertama bayi sebaikbaik­nya dimasak sendiri menggunaka­n bahan segar menerusi cara pengolahan selamat.

Sayur dan buahbuahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran.

Buah-buahan seharusnya dikupas kerana dikhuatiri mengganggu pencernaan bayi sebelum dia boleh mencerna dengan baik. Cuci terlebih dulu sebelum buah dikupas atau dipotong. Antara buah yang selamat adalah betik, pisang, epal dan avokado.

Pada usia enam bulan bayi hanya boleh mengambil puri atau bubur. Untuk puri, buahbuahan perlu dikukus atau direbus terlebih dulu. Elakkan merebus terlalu lama kerana ia akan menghilang­kan nutrisi makanan.

Jika anda merebus sayuran seperti kentang, brokoli dan lobak merah, sebaik-baiknya gunakan air rebusannya untuk mengisar makanan kerana ia mengandung nutrisi (vitamin dan mineral) yang tinggi.

Selepas dikisar pastikan makanan tidak terlalu pekat, sebaikbaik­nya buat agak cair kerana si kecil selama ini minum susu ibu sahaja. Lama-kelamaan anda boleh menghidang­kan dalam keadaan sedikit pekat secara berperingk­at.

Bagi memberikan rasa yang enak, anda boleh memasukkan bawang besar atau putih, jintan secara bertahap. Anda juga boleh memperkena­lkan minyak zaitun dalam jumlah yang sedikit.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian setiap kali anda memperkena­lkan makanan baru kepada bayi ialah memberinya selama tiga hari, untuk melihat kemungkina­n terdapat alahan atau tidak. Jika ya, dengan mudah anda boleh mengetahui bahan penyebabny­a dan mengelakka­nnya.

Menjadi kebiasaan apabila bayi anda menolak makanan ketika kali pertama diberikan.

Jika ini berlaku jangan berputus asa kerana ia fenomena biasa bagi si kecil.

Sebaiknya anda perlu mencuba memperkena­lkan resipi bubur kepada bayi sehingga 10 kali, sebelum memutuskan bayi anda tidak menyukainy­a. Jika bayi tetap menolak, anda boleh menambahka­n bahan makanan yang ‘akrab’ di lidahnya, seperti susu ibu.

Secara bertahap, anda boleh memperkena­lkan pelbagai sayuran seperti kentang, lobak merah atau labu ketika membuat makanan si kecil. Daging ayam yang dicincang boleh dimasukkan juga.

Bagi ibu berkerjaya yang sibuk untuk menyediaka­n makanan setiap hari anda boleh memasak dalam jumlah yang banyak. Kemudian simpan di dalam bahagian sejuk beku. Masukkan di dalam bekas kecil atau plastik penyimpana­n makanan.

Berikan label tarikh

4. Vitamin dan mineral Hampir semua vitamin diperlukan untuk tumbesaran bayi terutama pada usia enam bulan. Vitamin A, B, K, E, D dan vitamin C diperoleh daripada beberapa sayuran seperti bayam, labu, brokoli dan tomato. Sumber buahbuahan yang disarankan adalah mangga, pisang, oren, betik, avokado, pir dan epal.

 ??  ?? BAYI mula makan pada usia enam bulan.
BAYI mula makan pada usia enam bulan.
 ??  ?? ANTARA buah yang boleh dimakan pada usia enam bulan.
ANTARA buah yang boleh dimakan pada usia enam bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia