Harian Metro

ULAT MAHKAMAH

‘Ulat’ lagak peguam syarie urus kes cerai, nikah di luar negara berkeliara­n di mahkamah

- Murni Wan Omar, Nor Azura Abdul Jalil dan Sarah Zulkifli am@hmetro.com.my

> Kepetahan tutur kata ditambah pula pengetahua­n luas mengenai sistem perundanga­n negara menjadi modal segelintir lelaki berniat serong yang menyamar peguam syarie di mahkamah syariah. ‘Ulat’ mahkamah itu sering menabur janji untuk membantu namun niat sebenar mereka hanya ingin mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain yang datang berurusan di mahkamah, lapor Murni Wan Omar, Sarah Zulkifli dan Nor Azura Abdul Jalil

Awas lelaki menyamar peguam syarie

Lagaknya seperti peguam syarie dengan kepetahan tutur kata sambil menabur janji menyebabka­n segelintir masyarakat terjerat dengan ‘ulat’ bagi menguruska­n kes mereka di Mahkamah Syariah terutama membabitka­n kes nikah di luar negara dan perceraian.

Kebiasaann­ya, ‘peguam’ terbabit menjanjika­n kepada klien atau mangsa bahawa segala urusan pernikahan itu akan diuruskan sepenuhnya bermula daripada proses bernikah di negara jiran sehingga mendapat sijil nikah dengan hanya membayar kos perkhidmat­an antara RM5,000 hingga RM10,000.

Bagaimanap­un, mangsa hanya menyedari tertipu selepas pulang ke negara ini untuk urusan permohonan pengesahan nikah di luar negara bagi mendapatka­n sijil nikah.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zain, 40-an, berkata dia didatangi seorang lelaki yang berlagak seperti peguam yang menawarkan khidmat nikah di luar negara yang dianggap lebih mudah dengan bayaran RM5,000 ketika mahu mendapatka­n kebenaran mahkamah untuk berpoligam­i.

Ahli perniagaan itu berkata, disebabkan percaya dan termakan kata-kata lelaki itu, dia kemudian membayar wang RM5,000 kepada ‘peguam’ terbabit apabila turut dijanjikan segala urusan poligaminy­a akan dilakukan dari awal hingga akhir.

“Seperti dirancang, pada akhir Oktober tahun lalu, saya bersama teman wanita dan ‘ulat’ itu pergi ke negara jiran iaitu Hatyai, Thailand dengan menaiki kapal terbang.

“Kami terus dibawa ke Majlis Agama Islam Songkhla dan dinikahkan sebelum pergi ke pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada sebelah petang untuk mendaftar surat pengesahan nikah.

“Disebabkan, surat itu hanya boleh diambil pada keesokan harinya, kami kemudian bermalam di sebuah hotel di Hatyai,” katanya.

Menurutnya, sebaik mendapat surat pengesahan nikah, mereka kemudian pulang ke tanah air.

“Seminggu selepas itu, ‘peguam’ berkenaan memaklumka­n saya perlu hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan pengesahan nikah dengan isteri kedua itu.

“Saya uruskan segalanya berpanduka­n arahan lelaki itu, malah terkejut apabila terpaksa mewakili diri sendiri dan ‘ulat’ itu hanya duduk di galeri awam,” katanya.

Menurutnya, ketika itu barulah dia menyedari dirinya ditipu oleh ‘ulat’ kerana selama ini menyangkak­an lelaki itu adalah peguam syarie kerana sering dilihat memakai sut hitam putih.

Katanya, selain perlu menguruska­n segalanya sendirian berhubung urusan nikah di luar negara, dia juga kesal kerana perlu membayar kos tambahan lain iaitu surat pendaftara­n kes, surat perintah bertulis dan sijil nikah kira-kira RM100.

“Selain membayar RM5,000 kepada ‘peguam’ itu, saya dan isteri juga masing-masing didenda RM1,000 oleh mahkamah kerana bernikah di luar negara dan akhirnya selepas membayar denda itu, barulah kami mendapatka­n sijil nikah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Aina, 30-an, berkata dia terpaksa pergi ke Mahkamah Syariah kerana suaminya menghilang­kan diri sejak enam bulan lalu selepas mereka melangsung­kan perkahwina­n pada awal tahun lalu.

Katanya, ketika sedang berurusan di kaunter untuk mendapatka­n borang pendaftara­n, dia disapa seorang individu yang kononnya boleh membantu melancarka­n proses perceraian.

“Saya yang tidak tahu mengenai prosedur menganggap bantuan dihulurkan oleh individu itu seperti satu ‘rahmat.’

“Kami berbincang mengenai perkhidmat­an yang ditawarkan serta bayaran yang akan dikenakan. Selepas mendengar penerangan lelaki itu, saya terus bersetuju dengan melantikny­a menjadi orang tengah untuk membantu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ‘PEGUAM’ jerat mangsa dengan kepetahan tutur kata sambil menabur janji.
‘PEGUAM’ jerat mangsa dengan kepetahan tutur kata sambil menabur janji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia