Harian Metro

PENGETUA ‘LELAP’ DALAM KERETA

Pengetua ditemui tidak sedarkan diri selepas meronda kawasan sekolah

- Ravale Savarinath­an am@hmetro.com.my

Pengetua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) Hamzani Suien, 46, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam kereta yang diparkir berhampira­n asrama sekolah itu, awal pagi semalam.

Hamzani ditemui pengawal keselamata­n sekolah berkenaan jam 3 pagi selepas berasa curiga melihat enjin kereta itu dihidupkan dalam tempoh lama manakala kenderaan itu tidak bergerak.

Isteri Hamzani, Rushani Abd Razak, 44, berkata, arwah suaminya baru melaporkan diri bertugas di sekolah itu sebagai pengetua pada 6 April lalu dan pada hari kejadian arwah dilaporkan melakukan rondaan keselamata­n di asrama dan kawasan sekolah bagi memastikan kawasan sekolah sentiasa selamat.

Katanya, selepas meronda, arwah dikatakan berhenti sekejap di pondok pengawal untuk berbual dengan pengawal keselamata­n bertugas sebelum mengadu letih dan mahu berehat sekejap di dalam keretanya yang diparkir berhampira­n.

“Namun selepas kereta itu lama tidak bergerak dengan enjin masih hidup, pengawal berkenaan curiga lalu terus ke kereta berkenaan sebelum mendapati suami saya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, semalam.

Rushani berkata, dia kali terakhir bertemu arwah suaminya pagi Isnin lalu apabila Allahyarha­m bersahur untuk berpuasa enam Syawal di rumah mereka di Meru, Klang, Selangor sebelum keluar ke SEMESTI untuk bertugas.

Katanya, suaminya memulakan karier sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Lahad Datu, Sabah pada 1995 sebelum ditukarkan ke Kolej Islam Klang dan menjadi pegawai tadbir di Kementeria­n Pendidikan sebelum dinaikkan pangkat sebagai pengetua di SEMESTI.

Menurut anak ketiga arwah, Irfan Hamzah, 11, arwah bapanya sangat penyayang dan sentiasa menitikber­atkan disiplin.

Katanya, walaupun tegas, ayahnya sangat sayangkan ahli keluarga.

“Kami akan merasai ketiadaann­ya selepas ini. Bagaimanap­un, banyak kenangan manis ditinggalk­an ayah terutama ketika Aidilfitri minggu lalu,” katanya dalam nada sedih.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak Mohd Rosli Ahmad berkata, pihaknya sedih dan terkejut terhadap apa yang berlaku.

 ??  ??
 ??  ?? HAMZANI JENAZAH Hamzani dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang.
HAMZANI JENAZAH Hamzani dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia