Harian Metro

DUA BERADIK MENINGGAL

 Ahli keluarga akur henti alat bantuan pernafasan

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

Pasangan adik-beradik terbabit, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, disahkan meninggal dunia, antara jam 1.43 tengah hari dan 1.46 tengah hari, di sini, semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, diagnosis dijalankan terhadap kanak-kanak yang berasal dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian itu mendapati otak mereka gagal berfungsi.

“Keluarga kanak-kanak terbabit bersetuju untuk menghentik­an bantuan pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Dua kanak-kanak terbabit antara tiga kanak-kanak yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak 29 Jun lalu akibat jangkitan virus rabies atau penyakit anjing gila.

Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun masih menerima rawatan di ICU hospital terbabit.

Ketiga-tiga kanak-kanak ini dikesan menerima jangkitan virus itu dalam dua kes berasingan di Kampung Paon Sungai Rimu, Serian dan Kampung Lebur, Gedong, Sarawak.

Semua mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing kira-kira sebulan hingga tiga bulan lalu di kampung mereka sebelum jangkitan virus itu dikesan.

Antara 1 April sehingga 4 Julai lalu, kes gigitan anjing di sekitar Serian dikesan membabitka­n 68 kes keseluruha­nnya.

Sim berkata, pasukan kesihatan dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan sudah dihantar ke lokasi penularan penyakit berkenaan termasuk di perkampung­an berhampira­n bagi mengesan jangkitan virus rabies itu.

“Sebanyak 11 pasukan kesihatan menerusi aktiviti Pengesanan Kes Aktif (rabies) di jalankan di sekitar Serian.

“Ia membabitka­n pemantauan di 19 kawasan perkampung­an dan pasukan itu sudah mengunjung­i 2,098 rumah dan melakukan pengesanan penyakit kepada 6,094 penduduk,” katanya.

Orang ramai digalak menghubung­i HUS di talian 082-443248/082-441780 untuk sebarang pertanyaan.

 ??  ??
 ??  ?? MONICA KAKITANGAN hospital menolak keranda mayat seorang daripada dua beradik di HUS, Kuching.
MONICA KAKITANGAN hospital menolak keranda mayat seorang daripada dua beradik di HUS, Kuching.
 ??  ?? JACKSON
JACKSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia