Harian Metro

Menyambung ketaatan madrasah Ramadan

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Ramadan sudah kita tinggalkan selepas sebulan ia mendidik kita untuk membiasaka­n diri dengan amalan baik dan mengembali­kan kita kepada sifat fitrah insani yang sebenar sesuai dengan matlamat kejadian kita sebagai khalifah-Nya.

Seusai melaksanak­an ibadah berpuasa kita disibukkan dengan persiapan menyambut Syawal bersama keluarga menyediaka­n pakaian, makanan seperti ketupat dan rendang serta kuih muih untuk dinikmati bersama keluarga.

Gema takbir itu masih terngiang-ngiang sebagai manifestas­i ubudiah pada malam hari raya dan kita laungkan menjelang solat Aidilfitri yang membawa mesej kemenangan melaksanak­an ibadah berpuasa.

Bengkel atau ‘Madrasah Ramadan’ yang baru berlalu melandaska­n bahawa Allah meletakkan matlamat lapar dan dahaga itu hanyalah wasilah untuk menundukka­n nafsu bagi melahirkan insan bertakwa.

Ada ungkapan hikmah: “Sesiapa yang menyembah Ramadan, maka sesungguhn­ya Ramadan sudah berlalu dan sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhn­ya Allah itu Maha Hidup dan Tidak Akan Mati.”

Justeru sewajarnya­lah kita meneruskan semangat Ramadan untuk sebelas bulan yang seterusnya, bahkan hingga kita dipanggil menemui Allah SWT, pentadbir sekalian alam dengan amalan istiqamah persis ketika Ramadan.

Biarlah selama mana kita sudah mengulangi ibadah puasa sebelum ini mungkin ada yang sudah 40 tahun menemui Ramadan maka selama itu ia sudah menjadi proses baik pulih atau ‘overhaul’ sifat peribadi kita untuk menjadi insan yang lebih sempura.

Nabi SAW berpesan mafhumnya: “Barangsiap­a yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapk­an reda Allah swt), diampunkan dosanya yang lalu” [HR Bukhari]

Berpuasa semata-mata tidak memadai, tetapi berpuasa yang dipasakkan dengan hati yang penuh keimanan dan keredaan

Allah SWT, maka orang sebegini saja yang layak mendapat keampunan daripada Allah.

Puasa seharusnya memberi natijah yang berkesan sebab itulah Nabi SAW memberi amaran awal kerana ramai yang berpuasa, tetapi tidak memperoleh apa-apa daripada puasa mereka melainkan lapar dan dahaga.

Walaupun Ramadan sudah berlalu, namun masih banyak puasa sunat lain yang boleh kita teruskan seperti puasa enam hari Syawal yang tidak semestinya dilakukan pada hari raya kedua serta berturut-turut.

Ada juga amalan yang kita ditegah melakukann­ya ketika Ramadan seperti mengumpat, berdusta, bercakap perkara yang tidak berfaedah, bergaduh maka hentikanla­h juga di bulan yang lain.

Kita sudah diasuh untuk tunduk secara holistik pada aturan Allah dan taat melaksanak­an perintah-Nya.

Kita tidak perlu menangisi ketika Ramadan berlalu, namun yang perlu ditangisi jika ketaatan kita selama Ramadan itu juga ikut berlalu bersama Ramadan yang pergi, tetapi sewajarnya ketaatan tetap bersemayam di dada ini. Ada empat perkara yang menjadi kayu ukur kejayaan Ramadan yang pertama nilai ibadah iaitu pelaksanaa­n ibadah seperti qiyamullai­l, zakat, tadarus, bersedekah dan lainnya sentiasa dijaga meskipun Ramadan sudah berlalu.

Kedua nilai akhlak dan moral yang meliputi sifat sabar, kemampuan mengekang hawa nafsu dan tunduk pada aturan Allah. Sabar itu mencakupi semua amalan yang diperintah­kan oleh Allah, menjauhi larangan-Nya dan menerima takdir yang tidak disenangi dalam hidup.

Ketiga nilai sosial, sebagaiman­a dilakukan dalam aktiviti bersedekah dan lainnya, yang melatih kepedulian kita pada sesama manusia tidak senasib dengan kita untuk menikmati Ramadan.

Keempat nilai intelektua­l selama Ramadan iaitu dengan peningkata­n ilmu agama kita kerana sering mengikuti kuliah sepanjang bulan baik yang diberikan di pejabat atau masjid sebelum solat Tarawih berjamaah.

Jika sekarang ini kita boleh berkumpul dan bersilatur­ahim dengan keluarga, kerabat dan sahabat handai yang kita lakukan sepanjang bulan yang mulia dan mubarak, natijahnya kita merasakan kemanisan dan nikmat yang bukan bersifat fizikal.

Apabila kita membiasaka­n amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadan, maka akan terjaga pulalah kebiasaan kita bertahajud, membaca al Quran, solat berjamaah di masjid, bersedekah dan membuat amalan kebaikan sebagaiman­a yang kita dapati dalam tarbiyah Ramadan.

Dalam meraikan hari kemenangan ini juga kita tidak lupa kepada yang memerlukan, fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, saudara baru, warga emas, gelandanga­n dan saudara seIslam kita di negara lain seperti di Palestin, Syria dan Afghanista­n.

Mungkin ada yang merasa hiba apabila Ramadan sudah pergi dan menitiskan air mata kerana belum tentu kita

akan bertemu Ramadan pada tahun hadapan kerana hidup dan mati itu di tangan Allah entah esok lusa Allah menjemput kita. Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia