Harian Metro

LO palsu RM169,500

 Kontraktor nafi perdaya kurator muzium

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam terhadap pertuduhan mengemukak­an dokumen palsu kepada kurator sebuah muzium di negeri ini empat tahun lalu.

Tertuduh Mohammad Trevor Mohammad Darby, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi, selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemilik Syarikat Ultra Integrated didakwa memberi dokumen pesanan kerajaan (LO) dan invois berjumlah RM169,500 palsu kepada ejen kerajaan iaitu Kurator Muzium Senibina Malaysia Melaka.

Tindakan itu didakwa dilakukan dengan niat memperdaya­kan mengenai kerja membangunk­an Sistem Pameran Berkonsep Sistem Pempamer Holograf (Holographi­c Display

System) untuk Muzium Senibina Malaysia, Melaka di pejabat muzium terbabit pada 24 Disember 2013.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurdiyanah Mohd Nawawi, mencadangk­an jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan memohon mahkamah menetapkan syarat memegang pasport antarabang­sa tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu dibenarkan jaminan lebih rendah dengan alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kini hanya menjalanka­n perniagaan makanan secara atas talian.

 ??  ?? TERTUDUH menutup muka daripada dirakam selepas didakwa mengemukak­an dokumen palsu kepada kurator muzium, empat tahun lalu.
TERTUDUH menutup muka daripada dirakam selepas didakwa mengemukak­an dokumen palsu kepada kurator muzium, empat tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia