Harian Metro

Tolak RM1,290 minta RM10,000

Dua anggota polis dapat anugerah bulan lalu ditahan SPRM selepas terima laporan ceti haram

- Omar Osman am@hmetro.com.my

Akhir bulan lalu nama dan wajah mereka terpampang di dada akhbar menerima sijil penghargaa­n daripada ketua polis negeri kerana menolak rasuah daripada dua ceti haram atau along.

Namun, petang kelmarin lain ceritanya apabila koperal polis berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) cawangan Sungai Petani atas dakwaan meminta rasuah RM10,000 daripada dua along terbabit.

Mereka kini direman empat hari mulai semalam selepas perintah itu dikeluarka­n Majistret Sungai Petani, Adibah Husna Zainal Abidin.

Pengarah SPRM negeri Datuk Mohd Fauzi Mohamad dalam kenyataann­ya kelmarin berkata, kedua-dua polis terbabit disiasat mengikut Seksyen 17 (a), Akta SPRM 2009, memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengulas lanjut berikutan siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, akhbar ini pada 1 Jun lalu melaporkan, Ketua Polis negeri Datuk Asri Yusoff memberi sijil penghargaa­n kepada mereka atas tindakan menolak rasuah RM1,290 ditawarkan dua along berusia 26 dan 25 tahun itu.

Dalam kejadian 11 April lalu mereka melakukan rondaan harian di sekitar pusat beli-belah terkenal di Bandar Amanjaya, Sungai Petani sebelum terserempa­k kedua-dua lelaki yang membawa poster pinjaman wang ceti haram.

Mereka yang bertugas di Cawangan Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda menyifatka­n tindakan itu demi menjaga nama baik pasukan polis serta maruah diri mereka daripada terpalit kegiatan tidak bermoral itu.

Kedua-dua along dibebaskan SPRM dua hari kemudian sebelum seorang daripada mereka membuat laporan mendakwa anggota polis terbabit meminta suapan RM10,000 daripada mereka.

Mereka merujuk laporan itu kepada SPRM namun difahamkan polis tidak menemui sebarang pembayaran seperti didakwa dalam laporan.

Sementara itu, Asri gagal dihubungi untuk mengulas perkara itu.

 ??  ?? DUA anggota polis direman empat hari berhubung dakwaan meminta rasuah daripada ceti haram sebanyak RM10,000.
DUA anggota polis direman empat hari berhubung dakwaan meminta rasuah daripada ceti haram sebanyak RM10,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia