Harian Metro

Bayi pindah hati pulang akhir bulan

-

Johor Bahru: Bayi perempuan, Alfieya Masri, 12 bulan, yang menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Renji di Sekolah Perubatan Universiti Jiao Tong, Shanghai, China pada 16 Jun lalu, bakal pulang ke negeri ini pada akhir bulan ini.

Ibunya, Norazreena Ahmad, 36, berkata, keadaan anak bongsunya semakin baik walaupun pada awalnya mengalami demam dan dipantau doktor sepanjang masa.

Menurutnya, dia yang menderma sebahagian hati untuk Alfieya masih menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

“Kami dalam keadaan stabil dan saya mampu bergerak seperti sebelumnya, manakala Alfieya juga semakin ceria serta sihat.

“Warna kekuningan di mata dan wajah Alfieya sudah turun dan doktor mengesahka­n keadaannya semakin sembuh,” katanya menerusi perbualan aplikasi WhatsApp, di sini, semalam.

Katanya, keluargany­a bercadang mendapatka­n pemeriksaa­n lanjut dan rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur.

“Kami perlu menanggung kos ubat mencecah RM2,000 sebulan untuk Alfieya. Memang perbelanja­an itu berat bagi kami kerana hanya suami yang bekerja,” katanya.

Norazreena menyumbang­kan 30 peratus hatinya kepada Alfieya yang mengalami kegagalan fungsi hati atau Biliary Atresia.

Harian Metro sebelum ini memaparkan kisah Alfieya yang memerlukan pemindahan hati dilakukan dengan segera dan berdepan dengan masalah kekurangan dana. Keluarga berkenaan terharu apabila rakan mereka sanggup menjual sebuah kereta BMW berharga RM100,000 demi menyelamat­kan nyawa anak bongsunya bagi membolehka­n mereka mendapatka­n rawatan di China.

Beberapa pihak turut membantu keluarga berkenaan termasuk Pertubuhan Kebajikan Nadi Pertama, Baitulmal Johor, Persatuan Kebajikan Kasih Sayang Aixin, Kulai, Persatuan Amal Shan Xin Kajang, Selangor, Persatuan Bikers Ducati Johor dan Kuala Lumpur, pembaca Harian Metro, saudara-mara serta kenalan di laman sosial Facebook (FB).

 ??  ?? NORAZREENA dan Alfieya pulang ke tanah air akhir bulan ini.
NORAZREENA dan Alfieya pulang ke tanah air akhir bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia