Harian Metro

Tiada lagi kelibat Osman Zailani

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

 Pelakon veteran dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru meninggal dunia kelmarin

Jenazah pelakon veteran, Osman Zailani, 85, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu

Kang, Singapura, selepas solat Zuhur, semalam. Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan Iklim, Saleem dimasukkan ke Pusat Pakar UKM, Cheras kelmarin akibat demam panas sejak seminggu lalu.

Isterinya, Juriah @ Julia Bachok berkata, Saleem, 55, atau nama sebenarnya A M Salim Abdul Majeed dibawa ke hospital berkenaan selepas mengalami demam panas dan berada dalam keadaan lemah.

“Abang Saleem kerap mengalami demam panas sejak kebelakang­an ini. Buat masa ini punca sebenar penyakitny­a belum dikenal pasti.

“Dia juga mengalami bengkak di bahagian testis dan sepatutnya menjalani pembedahan esok (hari ini). Namun ia bergantung pada tahap kesihatann­ya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurut Julia, keadaan kesihatan Saleem masih baik ketika menyambut Aidilfitri di Benut, Pontian minggu lalu.

Bagaimanap­un, dia mula mengalami demam panas selepas menjayakan persembaha­n di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada hari raya ketiga lalu.

“Abang Saleem mengadu terlalu penat dan saya segera membawanya ke Pusat Pakar UKM untuk pemeriksaa­n.

Osman yang popular dengan drama bersiri PJ Holdings pada 1980-an meninggal dunia jam 9.30

malam semalam di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH), Singapura akibat jangkitan paru-paru dan sakit tua.

Cucunya, Hady Miza yang dihubungi di Singapura berkata, sebelum itu jenazah datuknya dibawa ke Masjid Sembawang untuk disolatkan.

Hady yang juga bekas juara Singapore Idol mengumumka­n berita kematian pelakon itu menerusi Facebook malam kelmarin.

“Selain mengalami jangkitan paru-paru, arwah memang sudah uzur kerana faktor usia. Dia dimasukkan ke hospital dua hari sebelum Aidilfitri lalu,” katanya.

Menurut Hady, Osman atau nama sebenarnya Mohammad Kechut yang meninggalk­an tujuh anak sudah lama hidup bersendiri­an selepas isteri keduanya meninggal dunia sejak 15 tahun lalu.

Isteri pertama Allahyarha­m meninggal dunia kira-kira 30 tahun lalu.

Selain PJ Holdings, Allahyarha­m banyak terbabit dalam filem dan drama di Singapura dan Malaysia antaranya Sesejuk Air Mata Ibu, Tujuh Biang Keladi dan Suratan Kasih.

Osman juga antara pelakon berbakat besar yang berjaya mendapat perhatian penerbit dan pengarah filem antarabang­sa serta pernah berlakon dalam siri drama dan filem Hollywood.

Pada 1979, Osman pernah membawa watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack.

 ??  ?? ORANG ramai yang menyertai solat jenazah
di Masjid Sembawang.
ORANG ramai yang menyertai solat jenazah di Masjid Sembawang.
 ??  ?? SALEEM dirawat di Pusat Pakar UKM, Cheras.
SALEEM dirawat di Pusat Pakar UKM, Cheras.
 ??  ?? OSMAN
OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia