Harian Metro

PILU HATI TAK TERKATA

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Serian

Tiada kata yang dapat diungkap ibu dan bapa kepada dua beradik yang maut akibat wabak rabies di Kampung Paon Rimu Bakung, di sini, selepas kehilangan insan tersayang, petang kelmarin.

Wajah sugul sambil sesekali mengesat air mata menzahirka­n kesedihan Mazlan Pujan, 36, dan isterinya, Elisa John, 37, yang masih terkejut dengan kehilangan anak keempat dan kelima pasangan itu.

Suasana suram masih menyelubun­gi kediaman pasangan itu selepas anak mereka, Monica, 6, dan Jackson, 4, menjadi mangsa pertama wabak virus rabies di negeri ini.

Kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat sel otak yang mati selain hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Kira-kira jam 10 pagi semalam, mayat kanak-kanak terbabit selamat dikebumika­n di Tanah

Perkuburan

Kristian Kampung Paon

Rimu Bakung, di sini.

Kedua-dua mereka dipercayai digigit anjing Mei lalu, namun tidak mendapatka­n vaksin sebelum keadaan kesihatan menjadi kritikal dan dihantar ke HUS dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Kampung Paon Rimu Bakung Stephen Empudot,

70, berkata, kejadian itu kali pertama berlaku di kampung berkenaan dan menjadi igauan ngeri kepada penduduk.

Menurutnya, tiada siapa yang menyangka anjing yang dibela kebanyakan penduduk kini berisiko akibat penularan virus rabies sehingga meragut nyawa.

“Kami tidak sangka virus rabies boleh meragut nyawa. Setakat ini, kami masih lagi berjaga-jaga kerana kawasan ini belum pulih sepenuhnya. “Memang penduduk kampung sedar beberapa anjing ber- kelakuan pelik dan bertukar menjadi ganas sehingga menyerang kami dengan menggigit tanpa sebab,” katanya ketika ditemui, semalam.

Stephen berkata, bimbang anjing akan bertindak lebih ganas dan terus mencederak­an sesiapa saja, ada penduduk terpaksa membunuh haiwan itu.

Penduduk berterima kasih kepada kerajaan negeri dan agensi terbabit atas tindakan pantas memberi suntikan vaksin kepada anjing dan kucing serta penduduk.

“Saya menyeru penduduk yang mempunyai anjing dan kucing memberi kerjasama kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar yang datang untuk menyuntik vaksin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia