Harian Metro

Budaya baru hina agama

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Umat Islam yang dengan sengaja memegang anjing diingatkan segera bertaubat kepada Allah kerana melakukan perbuatan menghina agama Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha berkata, pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada anjing sebagai salah satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuhny­a tanpa sebab yang juga bertentang­an dengan ajaran Islam.

Bagaimanap­un, katanya, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan memelihara haiwan berkenaan, malah mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaska­n amal ibadat seharian.

“Perbuatan memelihara anjing seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam.

“JAKIM amat menyesali perbuatan memegang anjing secara sengaja begini tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam.

“Ini telah menimbulka­n keresahan dalam kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab dan ‘uruf’ atau adat di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas perbuatan seorang pengguna Facebook, Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik videonya memelihara dan memegang anjing yang bernama Bubu, semalam.

Mengulas lanjut, Othman berkata, menurut Mazhab

 Pelihara anjing tanpa tujuan munasabah haram di sisi Islam

Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

“Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategori­kan sebagai mughallaza­h, namun kaedah itu bukanlah alasan untuk membolehka­n seseorang itu memegang najis mughallaza­h secara sengaja.

“Tindakan sedemikian samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudianny­a,” katanya.

Beliau berkata, bagi mencari jalan penyelesai­an terhadap isu berkenaan secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu berkenaan dinasihatk­an agar dapat merujuk kepada JAKIM berkaitan hukum memelihara anjing.

Video berdurasi 3 minit 31 saat itu memaparkan kisah kehidupan seharian Nurhanizah bersama anjing bernama Bubu yang dijumpai di jalanan sebelum memutuskan untuk memelihara­nya.

Dalam sesi temu bual itu, Nurhanizah turut dilihat bermanja dengan haiwan berkenaan termasuk membiarkan Bubu menjilat wajahnya.

 ??  ?? VIDEO tular dalam laman sosial Facebook kerana memuat naik videonya memelihara dan memegang anjing bernama Bubu, semalam.
VIDEO tular dalam laman sosial Facebook kerana memuat naik videonya memelihara dan memegang anjing bernama Bubu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia