Harian Metro

Bergegas keluar rumah

- Ravale Savarinath­an am@hmetro.com.my

 Dua warga emas, cucu nyaris rentung kediaman terbakar

“Saya bersama adik sedang menikmati kuih raya di dapur sebelum cucu di dalam bilik berlari keluar memberitah­u bilik terbakar.

“Dalam keadaan cemas, saya terus memegang tangan adik serta cucu dan berlari keluar ke ruang hadapan rumah sebelum orang ramai datang membantu menyelamat­kan beberapa barangan,” kata warga emas, Che Putih Rokiah Abd Kadir, 77.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam di Taman Seri Setia di sini, Che Putih Rokiah bersama adik lelakinya berusia 70-an serta cucu yang berusia 25 tahun yang dipercayai mengalami masalah kesihatan terselamat apabila sempat keluar dari rumah mereka yang terbakar.

Che Putih Rokiah bersyukur kerana tiada kejadian tidak diingini terhadap mereka sekeluarga dan ketika kejadian dia hanya memikirkan keselamata­n diri, adik dan cucunya.

Katanya, tindakan pantas jiran membantu sebelum anggota bomba tiba berjaya menyelamat­kan beberapa barangan seperti televisyen, motosikal dan kereta.

“Ini pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana ia berlaku begitu pantas, namun bersyukur kerana kami bertiga selamat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkifle Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.05 pagi sebelum dua jentera bersama 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran itu dan siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca dari dalam bilik cucu wanita berkenaan.

“Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 12.05 tengah hari,” katanya.

 ?? FOTO: RAVALE SAVARINATH­AN ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran rumah di Taman Seri Setia. Gambar kecil, Che Putih (kiri) ditenangka­n jiran.
FOTO: RAVALE SAVARINATH­AN ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran rumah di Taman Seri Setia. Gambar kecil, Che Putih (kiri) ditenangka­n jiran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia