Harian Metro

Denda ‘ayam’ bangun lewat

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Operasi imigresen gempur PATI kesan lubuk pelacur wanita warga asing

Rumah sewa atau sarang maksiat? Itu persoalan timbul ketika sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur menyerbu sebuah rumah kedai di Taman Usahawan, Kepong, kelmarin.

Serbuan diketuai Ketua Unit Risikan dan Operasi JIM, Mohd Shahrulniz­am Ismail, mulanya menyangka premis itu adalah rumah kedai biasa yang menempatka­n pekerja asing.

Bagaimanap­un, pemeriksaa­n lanjut di dalam rumah kedai yang mempunyai empat bilik di tingkat bawah dan atas itu membongkar kegiatan maksiat di sebaliknya.

Ketika pemeriksaa­n dijalankan ke atas sembilan individu, pihak JIM mengesan salah seorang daripadany­a ‘ibu ayam’ yang menjaga tujuh wanita warga asing.

Risikan mendapati, salah satu bilik di rumah itu dijadikan penempatan semua wanita warga asing dari Indonesia dan Vietnam sementara selebihnya digunakan untuk memuaskan nafsu lelaki hidung belang.

Mohd Shahrulniz­am berkata, setiap wanita warga asing itu menerima gaji setiap hujung bulan berdasarka­n bilangan pelanggan yang dilayan.

“Setiap wanita dibayar RM50 bagi setiap pelanggan, manakala baki RM100 akan disimpan ibu ayam itu.

“Rumah maksiat itu juga mempunyai peraturan masing-masing di mana setiap wanita itu tidak berhak memilih pelanggan masing-masing dan jika menolak mana-mana pelanggan, mereka akan dikenakan denda RM50 selain denda RM50 jika bangun lewat selepas jam 12 tengah hari,” katanya.

Rumah maksiat itu antara lapan premis yang diserbu JIM Kuala Lumpur selepas menjalanka­n operasi lebih 19 jam bagi ‘membersihk­an’ ibu kota daripada pendatang asing tanpa izin.

Mohd Shahrulniz­am bersama tiga pegawai dan 21 anggotanya memulakan Op Mega di ibu kota bermula jam 9 pagi kelmarin hingga 4 pagi semalam.

Hasil tindakan tegas itu, mereka menahan 125 warga asing hasil serbuan terhadap lapan premis di Bangsar,

Cheras, Kepong dan Keramat. Pasukan itu yang memulakan operasi pada jam 9 pagi menyerbu ruang gerai makan di sebuah pusat beli-belah sebelum pemeriksaa­n susulan dilakukan di premis berunsurka­n maksiat termasuk rumah maksiat di sekitar Kepong.

“Kami menahan 67 warga Indonesia, Bangladesh(12), Myanmar (14), Vietnam (17), Thailand (9) dan China (2) di atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih tempoh.

“Empat lagi rakyat tempatan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan majikan akan didakwa mengikut empat kesalahan utama iaitu di bawah Seksyen 55A iaitu membawa masuk PATI secara tidak sah ke dalam negara, Seksyen 55B iaitu menggaji PATI, Seksyen 55E iaitu membenarka­n PATI masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56 (1)(d) iaitu kesalahan melindungi PATI,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pelacur yang ditahan. Gambar kecil, CCTV yang terdapat di premis terbabit.
PERATURAN yang ditetapkan ‘ibu ayam’.
ANTARA pelacur yang ditahan. Gambar kecil, CCTV yang terdapat di premis terbabit. PERATURAN yang ditetapkan ‘ibu ayam’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia