Harian Metro

‘Pelancong’ India bawa 5.15kg dadah

-

Sepang: Taktik lelaki warga India yang juga keldai dadah cuba menyeludup barang terlarang dalam ruang khas bagasinya gagal selepas ditahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pagi kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 pagi itu, kastam merampas 5.15 kilogram (kg) dadah dianggarka­n bernilai RM360,500 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Hamzah Sundang berkata, siasatan mendapati, suspek yang berusia 55 tahun itu baru tiba di KLIA dengan menaiki pesawat dari Chennai, India.

“Hasil imbasan serta pemeriksaa­n lanjut mendapati ada serbuk kristal putih disyaki methamphet­amine dalam bagasi miliknya.

“Pemeriksaa­n ke atas dokumen perjalanan suspek mendapati, suspek enam kali mengunjung­i negara ini sepanjang tahun ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, siasatan mendapati, dadah yang dirampas itu dibawa ke Malaysia dan bukan transit ke negara lain.

Menurutnya, suspek terbabit masuk ke negara ini sebagai pelancong.

“Suspek mengatakan, dia bekerja sebagai petani di negaranya dan akan pergi ke hotel serta ada orang lain mengambil barang itu.

“Rekod mendapati, sebelum ini dia datang ke sini (Malaysia) melalui Chennai dan kali ini dia berada di Malaysia dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Berikutan itu, Hamzah berkata, siasatan ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah membantera­s penyeludup­an dadah ke negara ini dipertingk­atkan malah, kastam mempunyai pasukan khas dengan anggotanya tidak memakai uniform bagi melaksanak­an usaha berkenaan.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? HAMZAH menunjukka­n dadah yang disorok pada ruang khas bagasi dibawa lelaki warga India.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH HAMZAH menunjukka­n dadah yang disorok pada ruang khas bagasi dibawa lelaki warga India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia