Harian Metro

Kekal syarat lulus BM

-

 Kabinet putuskan tiada sebarang kelonggara­n berkaitan Bahasa Melayu untuk jawatan awam

Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengarahka­n masalah buli dalam kalangan pelajar menjadi salah satu agenda dalam Mesyuarat Majlis Sosial Negara dalam masa terdekat.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, arahan malam, sekali gus menamatkan polemik berhubung isu kelonggara­n syarat kelayakan lulus dengan kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kabinet turut memutuskan syarat lulus Bahasa Melayu dalam pengambila­n semua jawatan dalam sektor awam di negara ini terus dikekalkan.

Serentak dengan itu, katanya, Kabinet bersetuju menarik balik kelonggara­n syarat kelayakan lulus dengan kepujian subjek Bahasa Melayu bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.

“Kerajaan tidak nampak ada jabatan atau kementeria­n lain yang melonggark­an syarat kelayakan berkenaan kecuali Kementeria­n Kesihatan. “Namun, kami difahamkan kementeria­n itu memberi kelonggara­n berkenaan kerana mereka memerlukan tenaga doktor perubatan dari luar negara seperti Myanmar, Indonesia dan India,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet mengenai isu berkenaan, di sini, semalam.

Dalam pada itu, katanya, Jemaah Menteri juga memutuskan meminda Akta Perubatan 1971 untuk mewajibkan perkhidmat­an pegawai perubatan selama dua tahun selepas latihan amali perubatan selain memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu.

Katanya, pelaksanaa­n pindaan akta itu dilakukan Kementeria­n Kesihatan dan mereka akan mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangk­an di Parlimen.

“Saya juga dimaklumka­n, Lembaga Peperiksaa­n memutuskan lantikan baru bagi pegawai perubatan atau jawatan profesiona­l lain perlu mengambil subjek tunggal Bahasa Melayu saja bagi memperoleh kelayakan tanpa perlu menduduki enam subjek teras lain,” katanya.

Katanya, Jemaah Menteri komited mempertaha­nkan Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembaga­an.

Menurutnya, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Persekutua­n iaitu selaras dengan Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n dan Akta Bahasa Kebangsaan. 1963/1966 (Akta 32).

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m dalam sidang media berasingan berkata, kelonggara­n syarat lulus subjek Bahasa Melayu itu ditarik balik bagi mewujudkan keseragama­n dalam lantikan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia