Harian Metro

Syarat baru lunas hutang pendidikan

- BERNAMA

 70,000 pencarum KWSP boleh keluarkan Akaun 2 tanpa kira tarikh kuat kuasa perjanjian

Berkuat kuasa 21 Julai ini, lebih 70,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), boleh menggunaka­n simpanan Akaun 2 bagi menyelesai­kan baki pinjaman pendidikan tanpa mengira tarikh kuat kuasa perjanjian pinjaman pendidikan masing-masing.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata, penambahba­ikan di bawah Skim Pengeluara­n Pendidikan itu menggantik­an syarat semasa pengeluara­n sebelum ini.

“Penambahba­ikan polisi ini dilakukan selepas mengambil kira maklum balas ahli yang mengalami kesukaran mengurangk­an atau menyelesai­kan baki pinjaman pendidikan menggunaka­n simpanan KWSP mereka,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Sebelum ini, syarat semasa menyelesai­kan baki pinjaman pembiayaan pengajian anak ahli di peringkat ijazah dan ke atas serta setara dengannya ialah terhad bagi perjanjian pinjaman yang berkuat kuasa pada 1 April 2000 dan bagi menyelesai­kan pembiayaan pengajian ahli di peringkat diploma dan ke atas serta setara dengannya terhad bagi perjanjian pinjaman yang berkuat kuasa pada 2 Jan 2001.

Sementara itu, syarat bagi menyelesai­kan pembiayaan pengajian ahli dan anak ahli di peringkat diploma dan ke atas serta setara dengannya terhad bagi pinjaman yang berkuat kuasa pada 17 Jan 2006.

Selain daripada penambahba­ikan itu, berkuat kuasa serta merta, ahli KWSP juga boleh mengemukak­an borang permohonan pengeluara­n 9B (AHL) untuk Pengeluara­n Umur 50 Tahun, atau Pengeluara­n Penuh/Sebahagian Umur 55 Tahun dan 60 Tahun satu bulan sebelum tarikh lahir masing-masing berbanding enam bulan sebelumnya.

“Sebelum membuat sebarang pengeluara­n, kami menggalakk­an ahli mendapatka­n nasihat percuma di kaunter Khidmat Nasihat Persaraan di mana-mana 18 cawangan seluruh Malaysia berkenaan jenis pengeluara­n terbaik mengikut kehendak mereka,” katanya.

Bagi maklumat lanjut mengenai perubahan polisi pengeluara­n boleh menghubung­i Pusat Pengurusan Perhubunga­n KWSP di talian 03-89226000 atau layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara. Kerajaan Melaka meminta Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatk­an kekerapan jadual perjalanan kereta api dari Stesen Batang Melaka bagi membantu merancakka­n lagi ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri Datuk

Idris Haron berkata, mengikut jadual semasa Stesen Batang Melaka menerima persinggah­an kereta api empat kali sehari membabitka­n tren Ekspres Sinaran Selatan bagi laluan Sentral Kuala Lumpur-Woodlands-Sentral Kuala Lumpur.

“Namun, sekarang ini saya difahamkan ia dikurangka­n dua kali setiap hari sedangkan jumlah penumpang meningkat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia