Harian Metro

Terus dihantui tragedi hilang keluarga

-

bimbang ada pihak terluka.

Jadi, tindakan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menggantun­g lesen syarikat treler yang terbabit dalam kemalangan hingga meragut lapan nyawa di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, 11 Jun lalu, tidak banyak memberi kesan.

Sama seperti sebelum ini, kita hanya bertegas bila ada kejadian berlaku. Maka, dari situlah adanya operasi besar-besaran.

Saya kongsi sedikit pengalaman menyertai operasi di Hentian Pedas-Linggi, arah utara. Sebuah treler membawa jentera berat dalam kedudukan ‘makan jalan’.

Ada pegawai SPAD dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bertanya kepada pemandu, dia selamba menjawab, “hendak buat macam, saya ini cari makan.” Jadi, saya sendiri boleh membuat kesimpulan tetapi tidak perlulah untuk dihuraikan di sini.

Sepatutnya, janganlah tunggu sesuatu insiden berlaku. Seperti juga keadaan jalan raya di Jempol, Kuala Pilah dan Tampin. Semua ini perlu diberi perhatian pihak berwajib.

Sudah tiba masanya kita berada dalam situasi melangkah ke depan, yakni mengambil tindakan terlebih dulu daripada menunggu tragedi.

Sama seperti kejadian di atas, pihak berkuasa perlulah kerap buat operasi tidak kira mana-mana kenderaan.

Saya tahu, andainya perkara ini dibuat, tidak kurang 100 saman dikeluarka­n hanya untuk beberapa jam.

Walaupun banyak pendekatan dilakukan pihak berkuasa, sedikit pun tidak menggentar­kan mereka di luar sana. Jadi, wujudlah Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (KEJARA) bagi mengurangk­an kadar kematian dan kemalangan jalan raya.

Jika terbukti kaedah ini berkesan, maka pihak berwajib perlu teruskan. Inilah saranan terbaik untuk kita berhadapan mereka yang berdegil.

 ??  ?? WAN Muhammad Hazim membaca keratan akhbar laporan mengenai semua keluargany­a meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan
Bahau - Keratong pada 11 Jun lalu.
WAN Muhammad Hazim membaca keratan akhbar laporan mengenai semua keluargany­a meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Bahau - Keratong pada 11 Jun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia