Harian Metro

REZEKI PEMBUAT BATU NISAN

Tempahan penanda kubur meningkat sehingga 200 pasang menjelang sambutan Aidilfitri

- Syed Ismail Syed Abu Bakar am@hmetro.com.my

Kehadiran Syawal melimpahka­n rezeki kepada sesiapa saja yang berusaha untuk mendapatka­nnya, malah golongan pengusaha batu nisan turut merasai kesannya.

Azhar Abdul Hamid, 43, berkata, di samping mata pencarian tambahan, kerja membuat batu nisan yang digunakan sebagai penanda kubur dianggap sebagai salah satu fardu kifayah, sekali gus membantu waris mengesan lokasi kubur ahli keluarga masing-masing disemadika­n.

“Saya pada asalnya hanya membantu kerja membuat batu nisan bersama ayah, Abdul Hamid Pawanchik, sambil mempelajar­i pelbagai

teknik pembuatan batu nisan dari peringkat awal hingga akhir.

“Sepanjang Ramadan lalu, saya menyiapkan tempahan antara 150 hingga 200 pasang pada sambutan Aidilfitri dan bersyukur dengan rezeki diterima kerana sepasang batu nisan simen berharga serendah RM180 hingga RM250, manakala marmar putih berharga RM900 hingga RM1,100 dan batu bukit dari RM300 hingga mencecah RM1,100,” katanya.

Selain itu, Azhar turut menawarkan perkhidmat­an mencuci tanah perkuburan dan membuat bahagian keliling kubur yang dikenali sebagai ‘kepok’ dengan harga RM100 hingga RM300 mengikut keluasan.

Beliau berkata, kerja membuat batu nisan memberikan kesedaran mengenai kehidupan sambil menjelaska­n setiap kali ada orang meninggal dunia, anak atau saudara mereka datang berjumpany­a untuk menempah batu nisan.

“Pengalaman diperoleh adalah aset paling berharga dan banyak membantu saya untuk meneroka perusahaan ukiran batu berkenaan, malah menjalanka­n perusahaan batu nisan memerlukan kesabaran, kemahiran dan pengalaman yang bukan sedikit.

“Kerja menyiapkan batu nisan mengambil masa seminggu bermula dari membuat acuan, mengukir nama sehingga proses terakhir seperti menggilap manakala proses membuat ukiran memakan masa antara satu hingga dua hari mengikut jenis diminati pelanggan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AZHAR melihat batu nisan yang sudah disiapkan. AZHAR menyiapkan tempahan pelanggan di Kampung Dodol,
Georgetown.
AZHAR melihat batu nisan yang sudah disiapkan. AZHAR menyiapkan tempahan pelanggan di Kampung Dodol, Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia