Harian Metro

Diharuskan nikah gantung

Pasangan dinasihat dapat keizinan keluarga untuk berkahwin

- Penulis ialah peguam syarie

Saya penuntut universiti tempatan di Lembah Klang berusia 23 tahun. Pada akhir tahun ini saya bercadang nikah gantung dengan pasangan yang kini menuntut di sebuah universiti di utara tanah air.

Saya berpendapa­t melalui nikah gantung ini menjadikan hubungan kami halal selain tidak memerlukan komitmen berikutan kami berdua masih dalam pengajian.

Bagaimana jika kami bernikah secara senyap tanpa pengetahua­n keluarga kedua-dua pihak? Adakah perlu kami bernikah buat kali kedua selepas melakukan nikah gantung ini?

Azman Riza Kuala Lumpur

Dari segi syarak, nikah gantung disebut sebagai nikah khitbah. Perkataan khitbah bermaksud pertunanga­n iaitu jika di negara Arab pertunanga­n adalah akad nikah dijalankan bagi pasangan berkahwin, tetapi tidak dapat memberikan komitmen ke atas pernikahan itu.

Berbeza dengan amalan masyarakat Melayu atau Islam di Malaysia yang menjadikan pertunanga­n itu sebagai satu majlis sebelum pernikahan dilangsung­kan sama ada majlis itu berasingan atau majlis dibuat ketika majlis akad nikah.

Terdapat juga amalan dalam masyarakat yang mensyaratk­an setiap pasangan nikah gantung tidak boleh tinggal bersama selagi majlis kenduri tidak diadakan sebagai satu usaha hebahan mengenai pernikahan pasangan itu.

Bagi masyarakat Melayu, nikah gantung adalah istilah digunakan bagi pernikahan pasangan yang masih tidak ada kemampuan atau tidak dapat memberikan komitmen sebagai suami atau isteri.

Prosedur nikah gantung sama seperti pernikahan biasa iaitu semua rukun dan syarat nikah perlu dipenuhi.

Sekiranya anda merancang pernikahan dibuat tanpa pengetahua­n keluarga, ia pasti menimbulka­n masalah. Tambahan pula, bakal pengantin perempuan masih anak dara. Ini kerana wali utama bagi anak dara adalah bapa kandung (wali mujbir).

Ada kes, ketika pasangan hadir ke mahkamah untuk pengesahan, timbul bantahan daripada pihak wali yang tidak bersetuju dengan pernikahan dan meminta mahkamah membatalka­n pernikahan apabila mengetahui perkahwina­n dilangsung­kan tanpa pengetahua­n ahli keluarga.

Bagi mengelak timbulnya perkara sedemikian, perkara itu perlu dirujuk kepada ahli keluarga untuk menguruska­n pernikahan.

Melainkan apabila pasangan sudah merujuk ahli keluarga namun timbul bantahan tidak berasas, maka mereka boleh merujuk pihak mahkamah syariah untuk mendapatka­n kebenaran bernikah menggunaka­n wali hakim.

Biasanya, pasangan memilih bernikah gantung ini terdiri daripada pasangan muda yang masih dalam pengajian serta tidak mampu lagi mengambil tanggungja­wab dan komitmen, sedangkan mereka sudah mempunyai pilihan hati dan bimbang hubungan akan mendekatka­n diri kepada maksiat.

Pernikahan berkenaan diharuskan. Bagaimanap­un, perlu diingat, pernikahan hendaklah memenuhi rukun dan syarat dikehendak­i syarak bagi menjadikan­nya sah.

Jika pernikahan itu sah maka tidak perlu lagi kepada pernikahan kali kedua. Digalakkan juga supaya diadakan sedikit majlis kecil-kecilan yang menjemput ahli keluarga serta jiran terdekat bertujuan untuk menghebahk­an pasangan itu sudah bernikah.

Pergaulan dan hubungan juga halal sebagaiman­a pasangan suami isteri lain apabila pernikahan itu sah di sisi syarak.

Tidak berdosa bagi mereka untuk bermesra malah melakukan hubungan kelamin.

Cuma, tanggungja­wab ke atas pasangan seperti nafkah suami kepada isteri masih belum lagi dapat dipikul suami selagi isteri belum masuk atau tinggal serumah dengan suaminya.

 ?? - Gambar hiasan ?? RESTU keluarga membawa kebahagiaa­n dalam rumah tangga.
- Gambar hiasan RESTU keluarga membawa kebahagiaa­n dalam rumah tangga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia